Sambil duduk
termenung keseorangan (kerja harian aku), teringat pula gadis-gadis Malaya yang
pernah aku kenal dulu. Dari rasa tenang, perasaan aku jadi bergelumang dan
bergelombang.
Sakit.
Pedih.
Marah.
Kecewa.
Duka.
Nafsu.
Itulah permainan dunia, mengenal
seorang perempuan bagi aku bukanlah mudah semudah kasanova-kasanova berwajah maskulin
mengurat anak dara sunti tergedik-gedik materialistik. Aku tak segak, tampan
jauh sekali. Tapi hati boleh tahan la tampan. Betul kata sahabat aku Hasrul, kalau hati boleh letak dekat
luar barulah mudah untuk aku menarik hati gadis-gadis masa kini. Ahhh pedulikan
semua itu, aku rasa tak penting pon buat masa sekarang. Tapi nasib perlu
dicuba, dan sampai sekarang aku masih mencuba nasib. Dalam drama, filem,
cerekarama, perempuan selalu cakap boleh terima lelaki seadanya, tapi
realitinya mereka yang mengubah lelaki. Aku bukan nak menyebelahi lelaki, tapi cuma
kesian dekat lelaki sebab aku juga lelaki. Aku memang berat sebelah. Tapi aku
tahu tak semua perempuan macam itu dan mungkin ada sebab-sebab yang membuatkan
perangai mereka lebih tidak sopan dari Lindsay Lohan. Itu sebab lelaki diajar
atau dianugerahkan dengan kata-kata manis. Tak percaya tanya Awal Ashaari (ok,
aku tiru ayat Mohd Jayzuan).
Bukan nak memburukkan perempuan,
tiada niat langsung aku nak memburukkan kaum yang lemah itu. Aku sendiri pon dapat melihat dunia kerana
kasih sayang seorang perempuan. Memang tiada benda yang tiada jalan
penyelesaian. Tapi aku sendiri yang gagal dalam perhubungan aku dengan
bekas-bekas kekasih. Nak buat macam mana, rezeki tak sampai lagi. : P
hai jibeng. ni jeton :)
ReplyDeleteyea jeton. hehe. terima kasih kerana sudi menyinggah.
Deleteada 1 fakta yang tak auta tu kan die ckp
ReplyDelete"Lelaki yg matang adalah lelaki yang byk menempuh kegagalan dlm hidup dia.."
tp jangan cari kegagalan pulak..HAHA :P
ada ek org cakap ? mana2 ? haha
Deletehaha. ada laaaa..! tak igt kt ne. cube google..hahaha
Deleteeh, boleh camtu pulak. hehehe
Delete