Pagi ini hanya
Rock n’ Roll yang menemani aku. Dengan mendengar bait-bait lirik dan keindahan
melodi serta iramanya membuatkan aku rasa segar-bugar di pagi hari ini walaupon
belum mandi. Siapa yang perlukan taman-taman rekreasi jika hanya dengan rock n’
roll dapat menyegarkan fikiran masing-masing. Aku sangat terpengaruh dengan
cara penulisan Mohd Jayzuan sehingga aku tertiru-tiru ayat dalam novelnya. Tapi
dalam pembelajaran, peniruan adalah perlu untuk kita lebih maju dan ia juga
merupakan teknik belajar yang berguna bagi diri kita. Aku bergurau. Jangan ikut
aku, meniru semua itu memang kerja kacang-kacang hantu macam aku. Meniru adalah
sebahagian daripada pembelajaran aku, sebab itu sampai sekarang aku tak dapat
menghayati apa yang aku pelajari.
Salah
satu faktor lagi adalah minat, aku tak tahulah kenapa masa aku di kolej baru
aku perasan minat aku yang sebenar. Aku mengaku, memang sejak dari sekolah lagi
aku tiada idea apa yang aku nak jadi bila dah dewasa macam sekarang ini. Jadi bila
di sekolah, aku memang tiada target
untuk jadi yang terbaik sebab aku akan belajar apa yang aku minat sahaja. Cuma kadang-kadang
bila terkenangkan ibu dan ayah, barulah rasa mahu cemerlang itu ada. Malangnya ia
hanya hangat-hangat tahi ayam.
Melonjak
ke umur 22 pada tahun ini membuatkan aku sedar yang aku masih tercari-cari identiti
diri aku yang sebenar, minat, kerjaya dan perempuan-perempuan nakal. Hidup ini
memang penuh dengan pencarian, siapa yang jumpa dahulu dialah yang menang. Tumbuh-tumbuhan
dan haiwan pon perlu bersaing untuk hidup, inikan pula manusia macam kita. Tapi
kita lebih beradab kerana diberikan akal yang sempurna untuk membezakan
kebaikan dan keburukan. Tapi manusia zaman sekarang, benda jahat adalah kebanggaan
dan benda baik menyegankan. Ya, aku yakin mereka terlalu moden, menjadikan Lady
Gaga sebagai idola. Aku pon sama sahaja, tapi cuma yang membezakan aku dengan
mereka ialah idola aku bukan si penjenayah fesyen itu.
Apa
yang perlu aku lakukan sekarang adalah bekerja keras demi minat aku sendiri. Atas
nama minat, tiada penghalang dan paksaan untuk kita melakukannya. Aku harap
budak-budak ini dapat menolong aku untuk merealisasikan minat aku. Budak-budak
yang aku maksudkan ialah acap, capik, nuh, pedot dan filus. CLASS CLOWN HERO !
Memandang ke langit,
dengan semangat aku jeritkan. Let’s Rock and Roll !
No comments:
Post a Comment