Seperti
yang kita sedia maklum, minat kita
bukannya selalu sama dengan minat orang lain. Macam aku, aku lebih suka
menulis, bermain gitar, menyanyi dan banyak lagi minat-minat aku yang akan
hadir bila aku ter’influence’ kepada cara pembawakan oleh peribadi si pelaku
itu. Aku mengaku, aku lebih tertarik kepada selebriti yang mempunyai imej
negatif contohnya Julian Casablancas,
Pete Doherty, Kurt Cobain, Radhi OAG dan paling minat adalah MindBlank (WTF!) :P . Tapi bukanlah aku
nak mengikut cara mereka, aku cuma mahu mendalami bakat mereka. Itu minat aku,
tak tahu pula minat korang semua macam mana.
Aku tahu korang semua pasti
pernah melalui situasi dimana korang cuba untuk menjadikan minat korang satu
benda yang nyata dan bukan hanya sekadar minat. Aku juga pernah melalui situasi
begitu, tapi kita boleh tengok berapa ramai sahaja yang akan menyokong kita
untuk merealisasikan impian kita itu dan berapa ramai pula yang mempunyai hasad
dengki, menyebarkan propaganda, mengutuk, memaki, memerli, ini mungkin kerana
mereka memang seorang manusia yang diajar untuk tidak boleh menerima perubahan
pada diri seseorang. Tapi kadang-kadang kita kena sedar diri juga, kalau kita
rasa kita tidak berkemampuan, baik kita ubah minat kita kepada yang lebih baik.
Sebab kalau memang tak mempunyai bakat dalam minat tersebut, memang sampai
bila-bila pon orang akan mengata kita dan cuba menjatuhkan kita. Aku pon
konfius sekarang. Ok-ok, at least ada bakat sikitla sebab bila dah ada bakat
baru mudah diasah bakat itu. Practice
make perfect !
Contoh yang paling dekat boleh
dicontohi adalah Fakri Saarani,
masyarakat sekeliling rancak melontarkan kata-kata keji dekat dia. Tapi dia
buat rileks je. Sebab dia tahu dia mempunyai bakat dan tahu bakatnya boleh
digilap tidak lama lagi. Semalam Malaysia lawan Syria, terkejut aku bila tengok
Fakri jadi kapten. Bukan saja jadi kapten, percubaan dia saja yang paling
bahaya. Aku rasa bukan aku sorang saja terkejut, berjuta-juta lagi rakyat
Malaysia mungkin terkejut sama. Tengok, apa yang orang cakap dia tak pedulikan
sebab dia yakin dengan diri dia. Kalau aku memang pasti aku dah menyerah kalah,
satu Malaysia pula yang maki. Kalau kawan-kawan
ok juga. Selain dari Fakri, ramai lagi orang yang rakyat-rakyat kita cuba
jatuhkan contohnya Hujan, Bunkface. Dulu pon mereka dikeji, tapi
sekarang mereka dipuji. Persepsi rakyat Malaysia memang mudah berubah-berubah. Aku
pon macam tu juga sebab aku rakyat Malaysia.
Sokongan dan dorongan amat
penting bagi seseorang yang mahu membina kerjaya. Kritikan boleh diberi, tapi
biarlah berasas dan membangun. Barulah semangat kawan tu nak teruskan usaha
dia. Ada paham ? –macam bagus je aku ni. :P
No comments:
Post a Comment