Hari ini yang ada cuma keletihan, terlantar, batuk,
selsema, kahak. Inilah akibat peralihan dari John ke Dunhill. Aku menyesal
berlagak masyuk, duit tak ada tapi hati ingin bergaya. Kerja masih lagi tiada, cuma mengharapkan pulangan wang hasil kerjaan di kedai roti yang hampir mencecah RM 0.00.
Hidup aku banyak masaalah. Masaalah yang aku sendiri cipta dan biarkan ia terus berlanjutan. Sampai bila aku nak berubah, mungkin bila berjumpa gadis cantik secantik Nora Danish barulah aku boleh dimotivasikan untuk jadi orang yang berguna. Aku pandang Nora Danish bukan sebab kecantikannya, tetapi ?- Hanya kawan-kawan yang mengenali aku dengan lebih lanjut sahaja yang tahu.
Menceritakan tentang masaalah, aku tahu yang semua orang dalam dunia ada masaalah mereka sendiri. Tanpa masaalah, hidup memang tidak lengkap. Kematangan seseorang juga dapat dilihat melalui cara mereka menyelesaikan masaalah.
Masaalah aku sekarang ini, betul ke aku eja masaalah ?
Masaalah atau masalah ?
Memang lengkap hidup aku sekarang dengan masaalah/masalah yang aku cari sendiri pagi-pagi buta ni.
Nampak sangat aku tak matang lagi. :(
No comments:
Post a Comment