Friday, 30 March 2012

Arghhhh !

Hari ini aku bangun agak lewat. Seperti biasa, bermalas-malasan dulu di atas katil kemudian baru bangun untuk membersihkan diri. Bersiap-siap, mengambil makan pagi yang agak lambat lebih kurang pukul 11 pagi, kemudian keluar berjalan sakan dengan kawan-kawan umpama meraikan hari kebebasan aku. Aku dengan rumah memang susah dipisahkan semenjak aku berhenti kerja dari kedai roti. Rumah dah macam kawan rapat aku, bilik aku pula dah aku umpamakan kekasih aku, gitar dan komputer riba jangan cakaplah, dah macam bohsia aku. Memang susah nak dipisahkan. Jadi bila aku dah berjaya lari dari masalah kemurungan aku, aku rasa selesa, gembira dan bangga. 

Hari ini aku, Nuh dan Syafiq merancang ke Seri Iskandar untuk melihat-lihat tapak Fiesta Rakyat yang akan berlangsung nanti. Kami terlalu semangat untuk menyertai Battle of the Band di sana. Semuanya pertama kali. Akhirnya hampa, kerana tapak Fiesta belum siap sepenuhnya. Selepas itu macam biasa, kami jalan-jalan cari perempuan cantik. Memang dah jumpa, tapi macam biasa juga. Jangan mudah terpedaya dengan perempuan-perempuan cantik. Mereka mudah membuatkan kita tertawa dan juga membuat kita bersedih dengan amat dasyat. Jadi kami mengambil keputusan untuk menjadikan perempuan-perempuan cantik itu ilham bila kami berimaginasi.

Membuang masa dengan kawan-kawan adalah kesukaan aku. Mencari keseronokan adalah hobi aku. Semuanya pasti aku akan lakukan tanpa paksaan. Tapi bila rakan-rakan berjauhan dengan aku, aku mula berkawan kembali dengan rumah, berkasih dengan bilik, dan berasmara dengan gitar dan komputer riba. Semuanya pasti aku akan lakukan kerana zon bosan aku sudah menyala. Aku perlu hari-hari yang penuh dengan aktiviti, aku bosan terkongkong di sini. Aku tahu yang ruang-ruang rezeki aku belum dibukakan lagi dan aku yakin satu hari nanti ia akan datang mebawa aku lari dari dunia yang penuh dengan kebosanan ini. 

Menjadi seseorang yang diselubungi kebosanan memang membosankan.  

Diskriminasi dunia kadang-kadang aku rasa macam mencemburui aku (padahal aku yang terlalu merendah diri). Apa yang aku lakukan jarangnya yang berjaya, tetapi aku tidak pernah melalui gagal yang teruk. Semua yang dilakukan ada titik noktah, tetapi kebanyakannya tidak mencapai kepuasaan. Manusia memang tidak pernah puas. Tak percaya tanya Jejai.  

Arghhhh bosan !
  

No comments:

Post a Comment