Malam ini bosan seperti biasa. Tidak seperti
semalam, aku dikelilingi oleh rakan-rakan lama yang sudah sekian lama tidak
berjumpa. Seronok, teruja, ghairah, semua perasaan bercampur baur. Melepak,
ketawa, memerli, mengata semua dibicarakan bersama.
Malam
ini aku murung, murung seperti meratapi kekalahan pasukan Perak tempoh hari. Aku
tiada mood nak mengarang cerita pasal diri aku. Malu nak mendedahkan kisah hidup
aku yang memang bosan. Separuh daripada hidup aku adalah kebosanan. Aku kerap
bosan, aku tak tahu apa puncanya. Sedang aku mengarang ini pon aku masih terasa
bosan. Aku nak lepak macam semalam, dengan Sop,
Spek, Bukh, Wan Medan, Din, Amir, Syed, Bai, Izzy, Naim, Hady, Dekwan. Tiada
rasa bosan, tiada rasa murung. Rasa seronok sahaja yang menemani aku semalam. Tersenyum
aku semalam, senyum sampai pagi tadi. Malam ini aku masih mampu tersenyum, tetapi
senyuman yang tiada isi seperti senyuman semalam. Tak percaya pergi tanya Bob
Marley. Bob Marley mungkin tahu perasaan anak-anak muda seperti aku. Mahukan jiwa
yang santai dan bebas. Young, wild and free. Aku redha.
Yang
penting sekarang, aku perlu mencari kerja. Dengan kerja, aku tahu rasa bosan
aku dapat dikurangkan. Sambil-sambil itu bolehlah aku berdiet macam Amir dan
jadi tegap macam Sop. Apa yang anak-anak gadis pandang sekarang adalah perubahan. Anjakan Paradigma perlu dilakukan. Tapi aku memang kuat sembang, buatnya tak pon. : P
Ahhhhhh,
nyamuk potong stim. Idea hilang dan aku masih lagi dalam kebosanan. Wahai
awek-awek cantik, marilah mesej dengan abang. Abang bosan sangat-sangat. Puihhhhh
!
tahniah... semoga dpt kebaikan dalam setiap nukilan yg dikongsikan... :) rock & roll & peace <3
ReplyDeleteRock n Roll menghantui aku.
Deleteabg! abg! text ngn saya meh.. ;P
ReplyDeleteawak pakai celcom la adik manis. hehe. kalo pakai maxis, dari tahun lepas kita dah texting tau. hahaha.
ReplyDelete