Wednesday, 21 March 2012

Bosan !

Malam ini bosan seperti biasa. Tidak seperti semalam, aku dikelilingi oleh rakan-rakan lama yang sudah sekian lama tidak berjumpa. Seronok, teruja, ghairah, semua perasaan bercampur baur. Melepak, ketawa, memerli, mengata semua dibicarakan bersama. 

Malam ini aku murung, murung seperti meratapi kekalahan pasukan Perak tempoh hari. Aku tiada mood nak mengarang cerita pasal diri aku. Malu nak mendedahkan kisah hidup aku yang memang bosan. Separuh daripada hidup aku adalah kebosanan. Aku kerap bosan, aku tak tahu apa puncanya. Sedang aku mengarang ini pon aku masih terasa bosan. Aku nak lepak macam semalam, dengan Sop, Spek, Bukh, Wan Medan, Din, Amir, Syed, Bai, Izzy, Naim, Hady, Dekwan. Tiada rasa bosan, tiada rasa murung. Rasa seronok sahaja yang menemani aku semalam. Tersenyum aku semalam, senyum sampai pagi tadi. Malam ini aku masih mampu tersenyum, tetapi senyuman yang tiada isi seperti senyuman semalam. Tak percaya pergi tanya Bob Marley. Bob Marley mungkin tahu perasaan anak-anak muda seperti aku. Mahukan jiwa yang santai dan bebas. Young, wild and free. Aku redha.

Yang penting sekarang, aku perlu mencari kerja. Dengan kerja, aku tahu rasa bosan aku dapat dikurangkan. Sambil-sambil itu bolehlah aku berdiet macam Amir dan jadi tegap macam Sop. Apa yang anak-anak gadis pandang sekarang adalah perubahan. Anjakan Paradigma perlu dilakukan. Tapi aku memang kuat sembang, buatnya tak pon.  : P

Ahhhhhh, nyamuk potong stim. Idea hilang dan aku masih lagi dalam kebosanan. Wahai awek-awek cantik, marilah mesej dengan abang. Abang bosan sangat-sangat. Puihhhhh !


4 comments:

  1. tahniah... semoga dpt kebaikan dalam setiap nukilan yg dikongsikan... :) rock & roll & peace <3

    ReplyDelete
  2. abg! abg! text ngn saya meh.. ;P

    ReplyDelete
  3. awak pakai celcom la adik manis. hehe. kalo pakai maxis, dari tahun lepas kita dah texting tau. hahaha.

    ReplyDelete