30 Mac 2012
Dalam
pukul 10.45 malam aku keluar dengan kegembiraan bercampur kekecewaan.
Kegembiraan kerana aku dengan bandmate mahu membuat latihan disebabkan Battle
of the band yang akan berlangsung keesokan harinya. Kami teruja. Malam itu kami
praktis hampir dua jam, hingga kami bosan dan letih. Kekecewaan pula disebabkan
oleh kekalahan pasukan pilihan aku iaitu Perak. Kekalahan besar yang mereka
perolehi daripada Kedah sedikit sebanyak membuat aku terfikir yang takdir Allah
itu memang tidak boleh dijangka. Secantik mana strategi, permainan, skil
individu tapi kalau yang Maha Besar kata engkau akan kalah malam ini. Engkau
tetap akan kalah.
Takdir memang
sukar diduga, kalau ia boleh diduga aku yakin manusia akan hidup dengan sambil
lewa. Kekalahan itu membuat hati aku sedikit tercalar, tapi tidaklah calar
secalar perempuan-perempuan cantik mencalar. Perempuan-perempuan cantik
mencalar lagi hebat, ia mengambil masa dalam 2, 3 bulan untuk pulihkan bahagian
yang calar itu, kadang-kadang boleh lebih daripada itu. Bahaya bukan ? -Lelaki
sejati, berhati-hati.
31 Mac 2012
Pagi itu lebih kurang pukul 7.30
pagi, aku bangun, bersih dan kemaskan diri. Terus gerak ke rumah Acap. Acap
merupakan bandmate aku yang aku kenal dari zaman aku sekolah di sekolah teknik
dulu. Kemudian kami menunggu Capik, aku mengenali Capik melalui Acap dan Nuh,
manakala Nuh pula aku kenal semenjak dari kami PLKN lagi. Tapi Nuh pergi dengan
keluarga dia. Seterusnya kami menunggu pula drummer “sementara” kami iaitu Mok,
kenapa “sementara” ? kerana Mok sudah mempunyai band sendiri, berlainan dengan
kami; iaitu tidak mempunyai drummer. Anda berminat ?-mari sini !
Setelah semuanya berkumpul, kami
memulakan perjalanan ke Seri Iskandar tempat pertandingan berlangsung. Nak
dekat pukul 10.00 pagi kami sudah sampai ke tempat yang dituju. Malangnya, kami
terlupa yang penganjur pertandingan sebangsa dengan kami. Jadi terpaksalah kami
tunggu hampir 3 jam lebih sebelum pertandingan bermula. Aku kecewa dengan
bangsa aku sendiri. Mereka bukan tidak tahu yang menunggu itu perkara yang
membosankan. Tetapi disebabkan aku sudah lali dengan kebosanan, aku biarkan
saja bosan itu menganggu setiap ruang dalam jiwa aku. Mungkin penganjur mahu
mengajar peserta untuk bersikap sabar. Aku pasrah.
Dalam penantian sebelum acara
bermula. Aku mula resah bila aku terpandang sebuah band yang aku pernah lihat
mereka bermain di salah satu gig di Ipoh. Kemudian aku ternampak pula sebuah
band yang diketuai oleh seseorang yang aku pernah berkomunikasi untuk bermain
di gig anjurannya suatu ketika dahulu. Ketika itu aku masih bersama dengan band
lama iaitu The April 4. Memang perasaan aku mula tak tenang. Daripada cool aku terus jadi beku. Terus
tersenyap. Lirik-lirik yang aku hafal pon aku hampir terlupa. Mungkin kerana
terlalu gugup. Aku yakin bandmate aku yang lain pon mengalami rasa yang sama.
Ahhh pedulikan, kami datang untuk bergembira. Menang kalah belakang cerita,
janji kami dapat bermain dihadapan khalayak dan menghiburkan mereka. Itulah
tugas seorang penghibur. Hidup kalau tidak berani mencuba, memang rugi. Dengan
mencuba, kita dapat tahu mana kelebihan dan kelemahan kita.
Dalam pukul 1 lebih, penganjur
panggil semua peserta untuk diberi sedikit taklimat. Dalam taklimat ada
diberitahu yang para peserta akan dipanggil secara rawak. Selang beberapa minit
selepas taklimat, nama band kami dipanggil untuk membuat persembahan. Semua
jadi gelabah, tak tentu arah, maki hamun semua keluar. Sial punya penganjur,
macam tahu-tahu aku marah diorang sebab tak menepati masa. Dalam keadaan kelam
kabut, aku cuba berlagak cool.
Bandmate aku, aku tak tahu la macam mana perasaan diorang. Tapi yang pasti Nuh
gegar lutut : P.
Nak
buat macam mana, segan ke, malu ke, kami kena perform juga. Semuanya di tangan
kami, kami boleh lari tapi kami tak lari. Jadi memang betul niat kami datang
adalah untuk berhibur. Menjadi orang yang pertama memang sukar. Kita dijadikan
contoh dan penanda aras. Sudah pasti tekanan ditahap yang paling atas.
Tambah-tambah kami semua masih baru. Memang jauh rezeki kami disana, nak lepas
saringan pon tak mampu. Tapi nak buat macam mana, kami sedar di mana kami
berdiri. Manusia yang tak bergigi dengan yang bergigi mana sama cara gigitan
dan kehalusan cernaannya. Taring pon kami tak mampu tunjuk lagi. Tapi yang
penting kami dapat pengalaman. Alhamdulillah.
Balik
dengan penuh rasa penat dan separuh gembira. Separuh gembira kerana pengurusan
penganjur yang tidak cekap dan mengecewakan. Sekali lagi aku kecewa. Ahhh,
tanpa cinta pon aku masih mampu kecewa. Dunia memang tidak pernah mengizinkan
aku gembira terlalu lama.
Gambar sekitar hari pertandingan. :)
P/S TERIMA KASIH KEPADA ZEE IYLA ATAS GAMBAR-GAMBAR YANG CANTIK NI. =)
No comments:
Post a Comment