Friday, 6 April 2012

Selamat hari jadi April 4 !


April 4, nama band yang aku dan rakan-rakan tubuhkan waktu kami di zaman kolej dahulu. Apa keistimewaan band kami bukanlah pada muzik, tetapi pada nama band dan kebersamaan kami. Aku dan Amir memang sudah sediakala kenal daripada semester 1 lagi. Kebetulan kami di kelas yang sama dan aku juga yang membawa dia keluar dari kehidupan yang gelap(Black). Kami berkawan baik. Sebelum aku tahu bermain gitar, Amir yang menjadi pemetik gitar disamping aku yang menyumbangkan suara. Kami mula menghiburkan orang dengan pergi dari bilik ke bilik di hostel dan memainkan lagu-lagu yang kami tahu. Takdela semua bilik, cuma bilik kawan-kawan kami sahaja. Aku memang kurang pengetahuan dalam bidang muzik berbanding Amir. Tengok pada bapaknya sahaja kita boleh jangka yang Amir tahu sedikit sebanyak tentang muzik. Remeh temeh betul. 

Di semester 2, aku mengenali Zed. Seorang remaja yang dulunya taksub dengan tarian shuffle yang aku memang tak berapa berkenan dengan tarian itu. Menggesel-gesel dan menghentak-hentak kaki di permukaan lantai. Kalau lantai itu boleh berkata-kata, sudah tentu Zed mengambil keputusan untuk berhenti shuffle dengan lebih awal. Dia memang bersungguh-sungguh untuk menubuhkan sebuah band. Sebelum bersama aku, dia telah menubuhkan 2, 3 band tetapi tidak unggul kerana komitmen yang kurang jelas diantara mereka. Zed harus bersyukur sebab dia dapat mengenali aku. Aku memang seorang pemalu. Tetapi pemalu-pemalu pon aku mampu menghidupkan sebuah band yang rata-rata masih baru mengenal muzik. Aku mula bekerjasama dengan Zed apabila kolej aku membuat satu program yang aku anggap mengarut. Aku bersetuju dengan Zed untuk menjadi penyanyi di malam program karutan kolej ku. Tapi aku berterima kasih juga, kerana dengan program karutan itu, aku mampu membuat persembahan yang pertama di atas pentas.  Takut, gugup semuanya ada.

Semester 3, waktu ini aku sudah tahu bermain gitar. Cuti semester aku manfaatkan dengan belajar bermain gitar dengan jayanya. Terima kasih kepada ayah, kerana akhirnya memberikan tunjuk ajar walaupon pada mulanya ayah melarang aku mengikut jejaknya. Di semester ini, kami mula  berjinak-jinak ke studio untuk melakukan latihan muzik. Tapi hakikatnya bukan latihan, tapi kami cuma berhibur. Drummer yang sebelum ini bermain dengan kami mempunyai masalahnya tersendiri. Jadi kami mencari seorang drummer yang boleh aku katakan terbaik. Namanya botak(Iqwat). Budak ini aku tak berapa kenal. Tetapi dia terlalu menyerlah waktu kami orientasi di semester 1. Kami meminta dia untuk bermain bersama kami kerana band lamanya hampir terbubar kerana vokalis lamanya lari meninggalkan mereka(haha). Akhirnya botak bersetuju menyertai kami. Aku pon giat berkomunikasi dengan mana-mana penganjur untuk membuat persembahan. Aku tahu kami terlalu gopoh. Baru setahun jagung sudah mahu menduga lautan dalam. Tapi sudah minat. Lagipon duit Zed yang banyak habis.  : P Sebelum aku terlupa. Botak, good luck dengan event yang ang ketuai tu. Apa orang nak cakap lantaklah, janji ang puas. Ang paham tak ? Sori aku tak dapat datang. Hehe. (nak puaskan hati orang memang susah. Ingat tu Botak.)

Sebelum bertukar nama kepada April 4, nama kumpulan kami adalah Junkies. Ilham penukaran nama diberikan oleh  salah seorang pensyarah di kolej kami. Ini disebabkan kami mahu bermain Battle of the Band dan kami mewakili kolej kami. Nama Junkies seperti tidak sesuai kerana bunyinya ala-ala negatif. Sumpah, kenangan bermain di Battle of the Band itu merupakan kenangan yang kedua manis selepas kenangan paling manis aku kecapi apabila aku bermain dengan band Amir di Kuala Lumpur. Nama band itu Bella Vista. Pengalaman bermain di Pub dengan sesi akustik memang menenangkan. Walaupon waktu itu, aku hanyalah pengganti kepada vokalis mereka yang sebenar. Amir, Azim, Acap, Matpet terima kasih kawan.

Berbalik kepada April 4, aku rasa band yang kami tubuhkan ini unik. Kerana secara kebetulan, tarikh lahir kami adalah di bulan yang sama iaitu bulan April dan kami pula mempunyai empat anggota kumpulan. Itu sebab nama April 4 dinaikkan oleh anak-anak muda April ini. Hari lahir Zed dan Amir memang dekat iaitu Zed 2/4 dan Amir 3/4. Bagi aku pula, jaraknya tidaklah jauh kerana aku lahir pada 6/4. Selang beberapa hari saja dari mereka. Berbeza dengan botak yang lahir pada 28/4. Tetapi masih dalam bulan April. Aku rasa kami memang sepadan. Terima kasih kawan.  =)

SELAMAT HARI JADI APRIL 4!


 April 4



Bella Vista


Sekarang aku bersama mereka.
Class Clown Hero 

ni event yang botak handle. ayuh kita kesana !

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN YANG MENGUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR KEPADA AKU ! ALLAH SAJA YANG AKAN BALAS KEPRIHATINAN KORANG TERHADAP AKU.  =)


No comments:

Post a Comment