7/4/2012
Hari itu, aku memulakan perjalanan menaiki bas
dari Medan Gopeng, Ipoh pada pukul 11.30 tengah hari dan sampai ke Hentian
Pudu,Kuala Lumpur dalam pukul 3.00 petang. Tujuan aku ke Kuala Lumpur adalah
untuk memeriahkan suatu majlis Auto Show di Taman Permaisuri, Cheras. Bandmate aku yang lain semuanya telah
berada disana lebih awal dari aku, ini disebabkan kerana aku ada makan-makan
sikit dengan keluarga aku malam semalamnya. Maklumlah, untuk merayakan hari
lahirnya aku ke dunia yang penuh dengan pancaroba ini dan itulah waktunya
dimana ibu dan ayah mengenang kembali cara aku membesar. Mendengar cerita
mereka tentang kemanjaan aku ketika kecil, membuatkan aku tersipu-sipu malu.
Pergi makan-makan bersama adalah aktiviti wajib keluarga ku jika ingin meraikan
sesuatu. Tak kiralah, ayah gaji ke, perniagaan ibu laku ke, kakak gaji ke, aku
gaji ke dan yang paling kerap sekali adalah kejayaan adikku di dalam
pelajarannya. Setakat pergi makan saja sudah boleh menggembirakan kami
sekeluarga. Siapa perlu ke Disney Land untuk meluangkan masa bersama dan
bergembira jika kedai makan Mak Tam pon boleh melakukan benda yang sama.
Kesederhanaan adalah apa yang diterapkan oleh kedua ibu dan ayah ku ketika aku
kecil. Dengan kesederhanaan, aku belajar apa itu kesusahan.
Aku
kalau bercerita memang selalu tersimpang. Maafkan aku, aku juga manusia. Jika
bukan manusia yang melakukan kesilapan, siapa lagi yang mahu mengaku mereka
mempunyai kekurangan. Ok. Berbalik kepada cerita aku tadi. Acap dengan Nuh
sudah sedia ada di Kuala Lumpur kerana mereka memang sedang belajar disana.
Acap di Uitm Shah Alam manakala Nuh di German Malaysian Institute(GMI). Dari
ipoh hanya aku dengan Syafiq. Itu pon Syafiq pergi awal sehari daripada aku
disebabkan aku ada sesuatu yang perlu diraikan pada hari tersebut. Aku menyuruh
mereka untuk praktis dulu disana dan esok aku datang hanya terus menyanyi saja.
Aku yakin pada mereka, melalui cara dan skill mereka bermain alatan muzik
membuatkan aku tidak was-was dengan keupayaan mereka. Mereka pastinya mempunyai
pengalaman yang lebih daripada aku, yang hanya menceburi bidang muzik dengan
lebih serius pada tahun 2009.
Setibanya
aku di Hentian Puduraya, aku bergegas ke stesyen LRT Plaza Rakyat dan membeli
token untuk ke Bandar Tun Razak. Bandar Tun Razak, adalah tempat yang paling
kerap aku kunjungi jika aku ke kota metropolitan ini. Bermalam disana, melepak
disana dan bersosial disana. Ini kerana, disitu terletaknya rumah bekas kawan
sekolej aku yang juga boleh diklasifikasikan sebagai kawan baik aku. Sampai-sampai
saja di stesyen LRT Bandar Tun Razak, Amir sudah siap sedia menunggu aku dengan
motor legenda barunya. Amir memang banyak berubah selepas dia sudah bekerja. Aku
saja yang masih ditempat yang sama, memperjuangkan benda yang sama. Lantaklah,
hidup kalau tak melakukan benda yang kita suka lakukan, sudah tentulah rugi. Hidup
hanya sekali.
Aku dan Amir.
Kami makan-makan di gerai yang berhampiran
dengan stesyen LRT itu, yang aku tahu nama tempat itu Komersial. Anak mak cik
di gerai yang kami makan itu telah berjaya menambat hatiku. Namanya Fiza, Amir
yang bagitahu aku. Semenjak dari pertama kali aku turun ke sana lebih kurang
pada tahun 2009 sehinggalah sekarang. Aku masih tergila-gilakannya. Pandangan pertama
selalu membawa aku hanyut dengan kekecewaan. Melalui pengalaman itu, membuatkan
aku sedar yang melupakan seorang perempuan bukanlah mudah. Oleh itu, aku
mengambil langkah hanya memerhati dan simpan perasaan di dalam hati. Itu saja
yang mampu aku lakukan. Aaron Aziz pon akan melakukan benda yang sama jika
parasnya seperti aku. Perempuan memang hebat, boleh menarik hati lelaki dengan
kemanisan parasnya saja. Memang sesuai mereka dianggap sebagai hiasan dunia. Hari
itu saja, dua kali aku ke gerai Fiza. Satu bersama Amir. Satu lagi bersama Amir
juga dan bandmate aku.
Class Clown Hero
Di
Kuala Lumpur juga, persekitarannya tidak jauh berbeza dengan Ipoh. Benda yang
selalu sangat mencemburui arus kehidupan aku. Itulah dia menunggu dan kebosanan.
Aku trauma dengan perkataan ini. Siapalah yang mencipta perkataan ini. Perkataan-perkataan
ini membuatkan jiwa aku mahu memberontak, aku mahu pergi, mahu pulang, mahu
lari. Tapi aku pasti, perkataan ini takkan mati. Mungkin jika aku mati baru
perkataan ini berhenti mengekori aku dan membebaskan jiwa aku dengan bayangan dan
igauan buruk tentang perkataan-perkataan itu. Tapi aku tak mahu mati, bahu aku
masih berat disebelah kiri. Jika aku mati, pasti tiada rakan yang menangisi
pemergian seorang lelaki yang buruk hati naluri. Hari itu, lama kami menunggu. Hampir
beberapa jam, aku pon malas nak menghitung berapa lama aku berada di zon
menunggu dan kebosanan. Mulanya selepas Asar, kemudian dalam pukul 6.00 petang,
akhirnya kami perform hampir pukul 8.30 malam. “Aku tak salahkan hang Zam, aku
tahu hang pon tak sanggup tengok kami menunggu lama. Aku salahkan, penganjur
event tu. “
Ketika
kami menaiki pentas, naluri berhibur diganggu dengan pekikan bunyi-bunyi
kereta. Nama pon auto show kan, kami sabar, sehingga hampir 20 minit kami
bersabar. Ya, sudah auto show mahu habis, tiba pula tarian naga. Kami kembali
bersabar. Aku pon tak ingat berapa kali aku dengan bandmate aku bersabar malam
itu. Dua batang rokok juga aku hisap atas pentas itu sambil menunggu auto show
dan tarian naga habis. Selesai semuanya, kami pon bersedia dan lagu pertama
kami ialah Helena dari My Chemical Romance. Aku ingat tiada orang layan lagu
yang kami mainkan sebab band sebelum kami memainkan lagu mainstream tanah air
manakala kami pula lebih terpengaruh dengan muzik seberang laut. Bukan Indonesia
ya, mahupon Singapura. Sumpah, aku tak pernah layan Aliff Aziz. Indonesia
adalah sikit macam The Changcuters, The Sigit, dengan White shoes and the Couple Company. Rupa-rupanya
ada juga pak cik yang layan kepala walaupon sedang mendukung anaknya. Naik jugak
semangat aku, walaupon vokal lagu Helena memang macam haram.
Lagu
kedua kami, Under cover of darkness dari The Strokes. Masa battle dekat Seri
Iskandar akhir bulan Mac dulu pon kami main lagu ini juga. Memang layan. Video lagu
ini ayah aku ambik dan simpan dalam telefon bimbit dia. Aku rasa hobi dan minat
aku disokong oleh ayah. Terima kasih ayah, ayahlah idola dan pencetus aku kearah
ini. Lagu terakhir kami merupakan lagu kami sendiri iaitu Nawaitu dari kami
Class Clown Hero. Apa-apa pon malam itu kami berpuas hati, walaupon ada sikit
masalah teknikal. Tapi kami tutup sebelah mata saja. Asalkan dapat menghibur
dan berhibur. Termasuk ini, aku sudah 3 kali perform di Kuala Lumpur. 2 kali
bersama Bella Vista dan sekali bersama Class Clown Hero. Seterusnya tak tahu
lagi bila. Acap dan Nuh, sibuk belajar di Shah Alam dan Bangi. Di Ipoh hanya
tinggal aku dengan Syafiq saja. Mungkin dalam bulan Ogos, kami akan bangun
mengisi segala lubang-lubang yang belum diisi. Tempoh yang panjang diambil bagi
memberi masa kepada dua orang gitaris aku yang berada jauh di negeri orang.
Pengalaman
demi pengalaman berjaya kami kumpulkan. Harap-harap pengalaman ini menjadi
penanda aras bagi kami untuk terus maju dalam bidang ini. Hendak menjadi bagus,
mestilah cuba berkali-kali. Kalau hanya sekali, siapa yang akan peduli. Pengalaman
merupakan pengajaran yang paling berharga. Manusia lebih mudah ingat melalui
praktikal berbeza dengan teori.
Selepas
habis perform, aku dan bandmate berpisah di Bandar Tun Razak. Aku bermalam di
rumah Amir manakala bandmate aku yang lain bermalam di rumah sewa Acap. Keesokan
harinya aku pulang. Selamat tinggal Kuala Lumpur, satu hari aku pasti datang lagi.
Kalau bukan kerana kerja, mungkin aku datang kerana cinta. Aku bertemu Kuala
Lumpur pada tahun 2009 dahulu disebabkan cinta. Cinta memang merbahaya, kalau
anda seorang yang mampu menanggung risiko. Bercintalah sedaya yang anda mampu.
Tidur.
Esok kerja !
Under Cover of Darkness
Nawaitu
Hari itu.
No comments:
Post a Comment