Saturday, 17 March 2012

Perempuan.

Sambil duduk termenung keseorangan (kerja harian aku), teringat pula gadis-gadis Malaya yang pernah aku kenal dulu. Dari rasa tenang, perasaan aku jadi bergelumang dan bergelombang.

                        Sakit.
                        Pedih.
                        Marah.
                        Kecewa.
Duka.
Nafsu.

             Itulah permainan dunia, mengenal seorang perempuan bagi aku bukanlah mudah semudah kasanova-kasanova berwajah maskulin mengurat anak dara sunti tergedik-gedik materialistik. Aku tak segak, tampan jauh sekali. Tapi hati boleh tahan la tampan. Betul kata sahabat aku Hasrul, kalau hati boleh letak dekat luar barulah mudah untuk aku menarik hati gadis-gadis masa kini. Ahhh pedulikan semua itu, aku rasa tak penting pon buat masa sekarang. Tapi nasib perlu dicuba, dan sampai sekarang aku masih mencuba nasib. Dalam drama, filem, cerekarama, perempuan selalu cakap boleh terima lelaki seadanya, tapi realitinya mereka yang mengubah lelaki. Aku bukan nak menyebelahi lelaki, tapi cuma kesian dekat lelaki sebab aku juga lelaki. Aku memang berat sebelah. Tapi aku tahu tak semua perempuan macam itu dan mungkin ada sebab-sebab yang membuatkan perangai mereka lebih tidak sopan dari Lindsay Lohan. Itu sebab lelaki diajar atau dianugerahkan dengan kata-kata manis. Tak percaya tanya Awal Ashaari (ok, aku tiru ayat Mohd Jayzuan).

                Bukan nak memburukkan perempuan, tiada niat langsung aku nak memburukkan kaum yang lemah itu. Aku sendiri pon dapat melihat dunia kerana kasih sayang seorang perempuan. Memang tiada benda yang tiada jalan penyelesaian. Tapi aku sendiri yang gagal dalam perhubungan aku dengan bekas-bekas kekasih. Nak buat macam mana, rezeki tak sampai lagi. : P 

6 comments:

  1. Replies
    1. yea jeton. hehe. terima kasih kerana sudi menyinggah.

      Delete
  2. ada 1 fakta yang tak auta tu kan die ckp
    "Lelaki yg matang adalah lelaki yang byk menempuh kegagalan dlm hidup dia.."

    tp jangan cari kegagalan pulak..HAHA :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ek org cakap ? mana2 ? haha

      Delete
    2. haha. ada laaaa..! tak igt kt ne. cube google..hahaha

      Delete
    3. eh, boleh camtu pulak. hehehe

      Delete