Thursday, 15 March 2012

INTERVIEW !


TEMUDUGA. Benda yang aku nanti-nanti tapi takut nak menghadapi. Aku pon tak tau kenapa perasaan itu selalu bermain difikiran aku. Semenjak aku berhenti kerja dekat kedai roti, aku jadi resah, gelisah, payah, susah, parah sebab nak menantikan panggilan-panggilan kerja yang banyak aku mintak secara on-line. Memang banyak temuduga yang dah aku pergi, tapi kebanyakannya gagal disebabkan aku malu nak berbahasa inggeris. Ya, aku mengaku aku memang degil untuk mengubah pendirian hidup aku. Aku suka kelihatan teruk, serabai, selekeh, selamba sebab aku tahu itulah diri aku yang sebenar(tapi hati baik beb). Memang aku kolot sebab terlalu mengharapkan keajaiban berlaku iaitu penemuduga temuduga aku dengan bahasa ibunda. 

Awal tahun ini, aku pergi temuduga untuk jawatan Marketing Researcher dekat dengan Subang. Nama syarikat yang aku pergi itu kalau tak salah Comfori, sebuah syarikat yang memberikan hikmat kepada pekerja-pekerja syarikat lain untuk menjadi pekerja yang lebih efektif di dalam organisasi mereka.Tengoklah cara aku terangkan dalam bahasa kita, memang mudah difahamikan ?(aku harap korang faham apa yang aku terangkan) -tapi malangnya si penemuduga menggunakan bahasa penjajah, aduh memang aku rasa betul-betul dijajah masa tu. Aku jadi tak tentu arah, aku garu kepala, gosok mata, senyum dekat si penemuduga dengan harapan ada belas kasihan dan aku terus ambil keputusan untuk bertanya padanya, “can I speak in Malay?”. Tapi dia jawab “No!”, memang masak la aku. Aku cuba cakap bahasa penjajah yang memang aku benci nak dengar sebab aku pon tak paham apa yang aku cakap. Dalam keadaan cuak, kita memang tak sedar apa yang kita cakap kan ? Penemuduga mesti anggap aku ni tak intelektual, tapi aku tak kisah sebab dia tak tahu dalam otak aku berapa banyak lagu-lagu inggeris yang aku hafal. Kalau masa temuduga dia suruh aku menyanyi, memang pasti kerjaya itu aku yang punya. Tapi bak kata rakan-rakan, mungkin rezeki tak sampai lagi. Sabor je la yob !- Sebelum aku terlupa, aku nak berterima kasih dekat kawan-kawan aku yang sudi teman aku hari tu. Achik, Ainna, Eah dengan Risha, maaflah kawan sebab aku tak dapat kerja tu, tak jadilah nak bagi korang seorang RM 100. :P 

Lepas habis dari temuduga, aku dibawa bersiar-siar ke Sunway Pyramid, sebuah tempat yang aku tak pernah pergi disebabkan aku hanyalah seorang budak kampung yang baru nak kenal dunia durjana. Berbanyak terima kasih dekat Achik sebab dengan kenderaan dia yang membuatkan kaki aku melangkah lebih jauh dari tujuan asalku iaitu hanya mahu hadir ke temuduga sahaja. Antara tempat-tempat yang kami sempat kunjungi adalah, Unikl, Hostel Unikl(bermalam dekat sinilah), Sunway Pyramid dan I-city Shah Alam(jumpa gay aku). Terkenangkan benda ni(temuduga) memang menyakitkan, tapi mungkin boleh jadi pengajaran kepada korang iaitu kadang-kadang benda yang kita tak suka itu kita kena lakukan juga sebab ia mungkin memberikan kelebihan dan keuntungan pada diri kita. Terima kasih.

4 comments:

  1. ok! sama2! tp tp tp tp.. xsalah kn lau bg gak RM 100 tu kn? :D

    ReplyDelete
  2. haha. susah sikitla ainna. sebab saya tak bekerja lagi ni. :(

    ReplyDelete
  3. beb banyak bersama ok itu hakikat insyaallah setiap hambanya telah di tetapkan rezeki masing2 usaha lagi pas nie kenalah menonjolkan diri mcm mane ko menyanyi kat kolej dulu..

    ReplyDelete
  4. tak tau la. menyanyi tu lain sikit perasaan dia. aku rasa aku kene lebih matang la lepas ni. hehe

    ReplyDelete