TEMUDUGA. Benda yang aku nanti-nanti
tapi takut nak menghadapi. Aku pon tak tau kenapa perasaan itu selalu bermain
difikiran aku. Semenjak aku berhenti kerja dekat kedai roti, aku jadi resah,
gelisah, payah, susah, parah sebab nak menantikan panggilan-panggilan kerja
yang banyak aku mintak secara on-line. Memang banyak temuduga yang dah aku
pergi, tapi kebanyakannya gagal disebabkan aku malu nak berbahasa inggeris. Ya,
aku mengaku aku memang degil untuk mengubah pendirian hidup aku. Aku suka
kelihatan teruk, serabai, selekeh, selamba sebab aku tahu itulah diri aku yang
sebenar(tapi hati baik beb). Memang aku kolot sebab terlalu mengharapkan
keajaiban berlaku iaitu penemuduga temuduga aku dengan bahasa ibunda.
Awal
tahun ini, aku pergi temuduga untuk jawatan Marketing Researcher dekat dengan Subang. Nama syarikat yang aku pergi itu kalau tak salah Comfori, sebuah
syarikat yang memberikan hikmat kepada pekerja-pekerja syarikat lain untuk
menjadi pekerja yang lebih efektif di dalam organisasi mereka.Tengoklah cara
aku terangkan dalam bahasa kita, memang mudah difahamikan ?(aku harap korang faham apa yang aku terangkan) -tapi malangnya si penemuduga menggunakan bahasa
penjajah, aduh memang aku rasa betul-betul dijajah masa tu. Aku jadi tak tentu
arah, aku garu kepala, gosok mata, senyum dekat si penemuduga dengan harapan
ada belas kasihan dan aku terus ambil keputusan untuk bertanya padanya, “can I speak in Malay?”. Tapi dia jawab “No!”, memang masak la aku. Aku cuba
cakap bahasa penjajah yang memang aku benci nak dengar sebab aku pon tak paham
apa yang aku cakap. Dalam keadaan cuak, kita memang tak sedar apa yang kita
cakap kan ? Penemuduga mesti anggap aku ni tak intelektual, tapi aku tak kisah
sebab dia tak tahu dalam otak aku berapa banyak lagu-lagu inggeris yang aku
hafal. Kalau masa temuduga dia suruh aku menyanyi, memang pasti kerjaya itu aku
yang punya. Tapi bak kata rakan-rakan, mungkin rezeki tak sampai lagi. Sabor
je la yob !- Sebelum aku terlupa, aku nak berterima kasih
dekat kawan-kawan aku yang sudi teman aku hari tu. Achik, Ainna, Eah dengan Risha, maaflah kawan sebab aku tak dapat kerja tu, tak jadilah nak
bagi korang seorang RM 100. :P
Lepas
habis dari temuduga, aku dibawa bersiar-siar ke Sunway Pyramid, sebuah tempat
yang aku tak pernah pergi disebabkan aku hanyalah seorang budak kampung yang
baru nak kenal dunia durjana. Berbanyak terima kasih dekat Achik sebab dengan
kenderaan dia yang membuatkan kaki aku melangkah lebih jauh dari tujuan asalku
iaitu hanya mahu hadir ke temuduga sahaja. Antara tempat-tempat yang kami
sempat kunjungi adalah, Unikl, Hostel Unikl(bermalam dekat sinilah), Sunway
Pyramid dan I-city Shah Alam(jumpa gay aku). Terkenangkan benda ni(temuduga) memang menyakitkan,
tapi mungkin boleh jadi pengajaran kepada korang iaitu kadang-kadang benda yang
kita tak suka itu kita kena lakukan juga sebab ia mungkin memberikan kelebihan dan
keuntungan pada diri kita. Terima kasih.
ok! sama2! tp tp tp tp.. xsalah kn lau bg gak RM 100 tu kn? :D
ReplyDeletehaha. susah sikitla ainna. sebab saya tak bekerja lagi ni. :(
ReplyDeletebeb banyak bersama ok itu hakikat insyaallah setiap hambanya telah di tetapkan rezeki masing2 usaha lagi pas nie kenalah menonjolkan diri mcm mane ko menyanyi kat kolej dulu..
ReplyDeletetak tau la. menyanyi tu lain sikit perasaan dia. aku rasa aku kene lebih matang la lepas ni. hehe
ReplyDelete