Hari
ini aku bangun agak lewat. Seperti biasa, bermalas-malasan dulu di atas katil
kemudian baru bangun untuk membersihkan diri. Bersiap-siap, mengambil makan
pagi yang agak lambat lebih kurang pukul 11 pagi, kemudian keluar berjalan
sakan dengan kawan-kawan umpama meraikan hari kebebasan aku. Aku dengan rumah
memang susah dipisahkan semenjak aku berhenti kerja dari kedai roti. Rumah dah
macam kawan rapat aku, bilik aku pula dah aku umpamakan kekasih aku, gitar dan
komputer riba jangan cakaplah, dah macam bohsia
aku. Memang susah nak dipisahkan. Jadi bila aku dah berjaya lari dari masalah kemurungan
aku, aku rasa selesa, gembira dan bangga.
Hari
ini aku, Nuh dan Syafiq merancang ke Seri Iskandar untuk melihat-lihat tapak
Fiesta Rakyat yang akan berlangsung nanti. Kami terlalu semangat untuk
menyertai Battle of the Band di sana. Semuanya pertama kali. Akhirnya hampa,
kerana tapak Fiesta belum siap sepenuhnya. Selepas itu macam biasa, kami
jalan-jalan cari perempuan cantik. Memang dah jumpa, tapi macam biasa juga. Jangan mudah terpedaya dengan perempuan-perempuan cantik. Mereka mudah
membuatkan kita tertawa dan juga membuat kita bersedih dengan amat dasyat. Jadi
kami mengambil keputusan untuk menjadikan perempuan-perempuan cantik itu ilham
bila kami berimaginasi.
Membuang
masa dengan kawan-kawan adalah kesukaan aku. Mencari keseronokan adalah hobi
aku. Semuanya pasti aku akan lakukan tanpa paksaan. Tapi bila rakan-rakan berjauhan
dengan aku, aku mula berkawan kembali dengan rumah, berkasih dengan bilik, dan
berasmara dengan gitar dan komputer riba. Semuanya pasti aku akan lakukan
kerana zon bosan aku sudah menyala. Aku perlu hari-hari yang penuh dengan
aktiviti, aku bosan terkongkong di sini. Aku tahu yang ruang-ruang rezeki aku
belum dibukakan lagi dan aku yakin satu hari nanti ia akan datang mebawa aku lari
dari dunia yang penuh dengan kebosanan ini.
Menjadi
seseorang yang diselubungi kebosanan memang membosankan.
Diskriminasi
dunia kadang-kadang aku rasa macam mencemburui aku (padahal aku yang terlalu merendah
diri). Apa yang aku lakukan jarangnya yang berjaya, tetapi aku tidak pernah
melalui gagal yang teruk. Semua yang dilakukan ada titik noktah, tetapi
kebanyakannya tidak mencapai kepuasaan. Manusia memang tidak pernah puas. Tak percaya
tanya Jejai.
Arghhhh
bosan !