Sunday, 22 April 2012

Merungut !

Tempat kerja. Aku menulis menggunakan pen yang dipinjam dari kakakku di atas buku tiga lima yang disponsor oleh Mydin.

                Hari ini bosan lagi. Tujuan aku mencetuskan penulisan ini adalah disebabkan rasa bosan yang terlalu ekstrim. Pen dan kertas seharusnya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada perasaan bosan yang timbul dalam diri aku. Bukan senang hendak melihat aku menulis di atas kertas sekarang ini. Semenjak habis belajar, aku banyak menghabiskan kerja-kerja menulis aku di atas borang sahaja. Itulah dia borang kerja. Itu pun hanya beberapa sahaja yang diterima, namun penerimaan itu hanya sementara kerana aku selalu tertewas dengan si penemuduga. Buat pengetahuan semua, komputer riba yang menjadi pen dan kertas aku sekarang ini. Zaman sudah moden, kolotlah kalau kita masih menggunakan manual. Ayat ini hanya sesuai digunakan oleh orang yang kolot. Aku tidak kolot, tapi hanya menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kedua orang tua ku sahaja. 

                Aku memulakan kembali cara manual dibawah pengaruh rasa bosan. Walaupon sudah mendapat kerja, aku tetap merasa bosan. Kerja tiada, duduk terkangkang sahaja pun bosan juga. Hendak diluah perasaan ini, tiada siapa yang mahu ambil peduli semuanya sibuk dengan tugas-tugas yang diberi. Oleh itu, inisiatif yang lain aku cari untuk meluahkan perasaan ini tanpa bunyi. Kurang sikit pencemaran bunyi, tiada individu yang akanku ganggu disini. Semuanya senyap sunyi. Aku hanya meluangkan masa aku hari ini, melayan perasaan bosan yang sentiasa mengejar aku walau kemana aku berlari. Terima kasih kepada semua kerana membiarkan aku bercumbu dengan perasaan yang hantu. Mengapa aku cepat bosan ? Mengapa aku sering bosan ? Apa salah aku ? Adakah aku ada melakukan kesalahan di kehidupan yang lepas ? Kadang-kadang aku kesian dengan diri aku sendiri. Menjadi orang seperti aku tidaklah berapa seronok. Tetapi aku beruntung masih mempunyai keluarga yang sentiasa menyayangi dan memberi sokongan pada aku dalam meneruskan kehidupan sehari-hari.

                Merungut. Merungut adalah sesuatu yang normal didalam kehidupan. Tanpa rungutan, manusia umpama tidak mempunyai hak untuk sesuatu yang mereka rasakan baik untuk mereka. Aku selalu merungut. Aku pasti korang semua pun begitu. Manusia dengan merungut sudah dianggap sahabat karib. Melalui rungutan juga boleh mengikat tali persahabatan antara insan. Aku sekarang ini pun tengah merungut, merungut melalui penulisan. Aku yakin banyak cara-cara rungutan yang ada pada setiap individu didunia. Sejak lahiriah lagi kita dah terbiasa dengan rungutan. Setiap peringkat umur tidak boleh lari dengan kata kerja ini. Semuanya pasti terjebak. Anak-anak kecil, remaja, dewasa, warga emas, semua kelompok umur ini sering ditakluk oleh perkataan ini. Mungkin ada yang menganggap aku salah, mungkin ada yang kata tak semua manusia di dunia ini yang menjadikan rungutan sebagai alternatif untuk menjaga hak mereka. Jika mereka rasa begitu, terpulanglah. Tapi bagi aku, aku sering merungut. Tetapi kita kena sedar, jikalau kita berterus-terusan merungut tanpa ada sebarang usaha disebalik rungutan itu, memang selamanya kita akan tetap merungut.

                Rungutan merupakan benda yang selalu keluar dari mulut aku jika aku rasa aku benar dalam sesuatu perkara tetapi orang tidak mahu mempedulikannya. Aku juga merungut jika diberikan tugas-tugas yang susah oleh guru-guruku. Banyak lagi tragedi yang terpalit hingga membuatkan aku merungut. Jika hendak diceritakan, lebih baik aku menulis sebuah novel atas nama ‘Rungutan Aku’. Korang semua pasti turut sama merungut jika membaca rungutan aku yang majoritinya berkait dengan rasa bosan. Rasa bosan lebih memerangkap aku didalam diri sendiri berbanding dengan rasa bersalah. Sepatutnya aku lebih mengutamakan rasa bersalah dan dosa kerana rasa-rasa inilah yang akan membawa aku kepada rasa neraka. Tetapi di dunia, aku lebih menitikberatkan tentang bosan. Dari situ, aku boleh kesan yang keimanan aku masih lagi kurang dan aku perlu lebih banyak berdamping dengan Maha Pencipta. Aku yakin salah satu faktor yang membuatkan aku sering bosan adalah kerana aku hidup tanpa keberkatan dariNya.  

                Aku memerlukan perubahan. Biar orang pandang aku pelik melalui personaliti. Aku memang suka dipandang serabai, selamba, gila, kerana persepsi aku lain. Pandangan aku terhadap seseorang pun memang lain. Perubahan personaliti mungkin akan ku ubah jika berat badan aku turun dengan sendirinya. Jika ia masih kekal, kekal jugalah aku dengan figura serabai ini. Berharap tanpa usaha adalah masalah besar yang sering aku alami. Tapi buat masa sekarang, aku rasa perubahan yang patut aku lakukan ialah perubahan terhadap pegangan agama aku. Ianya masih lemah dan tidak stabil. Jika digoda, aku pasti mudah tergoda. Syaitan dan iblis memang pandai memujuk rayu. Itulah kelebihan mereka. Dan kelebihan aku pula ialah diberi peluang ke syurga Allah tetapi harus berani menolak pujuk rayu syaitan dan iblis Laknatullah di dunia yang sekarang ini memang dipegang oleh orang-orang yang kufur/kafir. 

Kembalilah ke jalan yang benar dengan motivasi yang datang dari rungutan hati-hati anda. Rungutan jika dipandang dari segi positif akan membuatkan kita berusaha untuk mendapatkan apa keputusan disebalik rungutan yang selalu kita simpulkan sendiri. Jika ia terus kekal disudut negatif, manusia akan duduk diam dan hanya mula merungut jika tidak berpuas hati. 

Terima kasih.

Monday, 16 April 2012

Kuala Lumpur !

7/4/2012
 Hari itu, aku memulakan perjalanan menaiki bas dari Medan Gopeng, Ipoh pada pukul 11.30 tengah hari dan sampai ke Hentian Pudu,Kuala Lumpur dalam pukul 3.00 petang. Tujuan aku ke Kuala Lumpur adalah untuk memeriahkan suatu majlis Auto Show di Taman Permaisuri, Cheras. Bandmate aku yang lain semuanya telah berada disana lebih awal dari aku, ini disebabkan kerana aku ada makan-makan sikit dengan keluarga aku malam semalamnya. Maklumlah, untuk merayakan hari lahirnya aku ke dunia yang penuh dengan pancaroba ini dan itulah waktunya dimana ibu dan ayah mengenang kembali cara aku membesar. Mendengar cerita mereka tentang kemanjaan aku ketika kecil, membuatkan aku tersipu-sipu malu. Pergi makan-makan bersama adalah aktiviti wajib keluarga ku jika ingin meraikan sesuatu. Tak kiralah, ayah gaji ke, perniagaan ibu laku ke, kakak gaji ke, aku gaji ke dan yang paling kerap sekali adalah kejayaan adikku di dalam pelajarannya. Setakat pergi makan saja sudah boleh menggembirakan kami sekeluarga. Siapa perlu ke Disney Land untuk meluangkan masa bersama dan bergembira jika kedai makan Mak Tam pon boleh melakukan benda yang sama. Kesederhanaan adalah apa yang diterapkan oleh kedua ibu dan ayah ku ketika aku kecil. Dengan kesederhanaan, aku belajar apa itu kesusahan.

Aku kalau bercerita memang selalu tersimpang. Maafkan aku, aku juga manusia. Jika bukan manusia yang melakukan kesilapan, siapa lagi yang mahu mengaku mereka mempunyai kekurangan. Ok. Berbalik kepada cerita aku tadi. Acap dengan Nuh sudah sedia ada di Kuala Lumpur kerana mereka memang sedang belajar disana. Acap di Uitm Shah Alam manakala Nuh di German Malaysian Institute(GMI). Dari ipoh hanya aku dengan Syafiq. Itu pon Syafiq pergi awal sehari daripada aku disebabkan aku ada sesuatu yang perlu diraikan pada hari tersebut. Aku menyuruh mereka untuk praktis dulu disana dan esok aku datang hanya terus menyanyi saja. Aku yakin pada mereka, melalui cara dan skill mereka bermain alatan muzik membuatkan aku tidak was-was dengan keupayaan mereka. Mereka pastinya mempunyai pengalaman yang lebih daripada aku, yang hanya menceburi bidang muzik dengan lebih serius pada tahun 2009. 

Setibanya aku di Hentian Puduraya, aku bergegas ke stesyen LRT Plaza Rakyat dan membeli token untuk ke Bandar Tun Razak. Bandar Tun Razak, adalah tempat yang paling kerap aku kunjungi jika aku ke kota metropolitan ini. Bermalam disana, melepak disana dan bersosial disana. Ini kerana, disitu terletaknya rumah bekas kawan sekolej aku yang juga boleh diklasifikasikan sebagai kawan baik aku. Sampai-sampai saja di stesyen LRT Bandar Tun Razak, Amir sudah siap sedia menunggu aku dengan motor legenda barunya. Amir memang banyak berubah selepas dia sudah bekerja. Aku saja yang masih ditempat yang sama, memperjuangkan benda yang sama. Lantaklah, hidup kalau tak melakukan benda yang kita suka lakukan, sudah tentulah rugi. Hidup hanya sekali. 

 Aku dan Amir.

 Kami makan-makan di gerai yang berhampiran dengan stesyen LRT itu, yang aku tahu nama tempat itu Komersial. Anak mak cik di gerai yang kami makan itu telah berjaya menambat hatiku. Namanya Fiza, Amir yang bagitahu aku. Semenjak dari pertama kali aku turun ke sana lebih kurang pada tahun 2009 sehinggalah sekarang. Aku masih tergila-gilakannya. Pandangan pertama selalu membawa aku hanyut dengan kekecewaan. Melalui pengalaman itu, membuatkan aku sedar yang melupakan seorang perempuan bukanlah mudah. Oleh itu, aku mengambil langkah hanya memerhati dan simpan perasaan di dalam hati. Itu saja yang mampu aku lakukan. Aaron Aziz pon akan melakukan benda yang sama jika parasnya seperti aku. Perempuan memang hebat, boleh menarik hati lelaki dengan kemanisan parasnya saja. Memang sesuai mereka dianggap sebagai hiasan dunia. Hari itu saja, dua kali aku ke gerai Fiza. Satu bersama Amir. Satu lagi bersama Amir juga dan bandmate aku. 

 Class Clown Hero
Di Kuala Lumpur juga, persekitarannya tidak jauh berbeza dengan Ipoh. Benda yang selalu sangat mencemburui arus kehidupan aku. Itulah dia menunggu dan kebosanan. Aku trauma dengan perkataan ini. Siapalah yang mencipta perkataan ini. Perkataan-perkataan ini membuatkan jiwa aku mahu memberontak, aku mahu pergi, mahu pulang, mahu lari. Tapi aku pasti, perkataan ini takkan mati. Mungkin jika aku mati baru perkataan ini berhenti mengekori aku dan membebaskan jiwa aku dengan bayangan dan igauan buruk tentang perkataan-perkataan itu. Tapi aku tak mahu mati, bahu aku masih berat disebelah kiri. Jika aku mati, pasti tiada rakan yang menangisi pemergian seorang lelaki yang buruk hati naluri. Hari itu, lama kami menunggu. Hampir beberapa jam, aku pon malas nak menghitung berapa lama aku berada di zon menunggu dan kebosanan. Mulanya selepas Asar, kemudian dalam pukul 6.00 petang, akhirnya kami perform hampir pukul 8.30 malam. “Aku tak salahkan hang Zam, aku tahu hang pon tak sanggup tengok kami menunggu lama. Aku salahkan, penganjur event tu. “

Ketika kami menaiki pentas, naluri berhibur diganggu dengan pekikan bunyi-bunyi kereta. Nama pon auto show kan, kami sabar, sehingga hampir 20 minit kami bersabar. Ya, sudah auto show mahu habis, tiba pula tarian naga. Kami kembali bersabar. Aku pon tak ingat berapa kali aku dengan bandmate aku bersabar malam itu. Dua batang rokok juga aku hisap atas pentas itu sambil menunggu auto show dan tarian naga habis. Selesai semuanya, kami pon bersedia dan lagu pertama kami ialah Helena dari My Chemical Romance. Aku ingat tiada orang layan lagu yang kami mainkan sebab band sebelum kami memainkan lagu mainstream tanah air manakala kami pula lebih terpengaruh dengan muzik seberang laut. Bukan Indonesia ya, mahupon Singapura. Sumpah, aku tak pernah layan Aliff Aziz. Indonesia adalah sikit macam The Changcuters, The Sigit,  dengan White shoes and the Couple Company. Rupa-rupanya ada juga pak cik yang layan kepala walaupon sedang mendukung anaknya. Naik jugak semangat aku, walaupon vokal lagu Helena memang macam haram. 

Lagu kedua kami, Under cover of darkness dari The Strokes. Masa battle dekat Seri Iskandar akhir bulan Mac dulu pon kami main lagu ini juga. Memang layan. Video lagu ini ayah aku ambik dan simpan dalam telefon bimbit dia. Aku rasa hobi dan minat aku disokong oleh ayah. Terima kasih ayah, ayahlah idola dan pencetus aku kearah ini. Lagu terakhir kami merupakan lagu kami sendiri iaitu Nawaitu dari kami Class Clown Hero. Apa-apa pon malam itu kami berpuas hati, walaupon ada sikit masalah teknikal. Tapi kami tutup sebelah mata saja. Asalkan dapat menghibur dan berhibur. Termasuk ini, aku sudah 3 kali perform di Kuala Lumpur. 2 kali bersama Bella Vista dan sekali bersama Class Clown Hero. Seterusnya tak tahu lagi bila. Acap dan Nuh, sibuk belajar di Shah Alam dan Bangi. Di Ipoh hanya tinggal aku dengan Syafiq saja. Mungkin dalam bulan Ogos, kami akan bangun mengisi segala lubang-lubang yang belum diisi. Tempoh yang panjang diambil bagi memberi masa kepada dua orang gitaris aku yang berada jauh di negeri orang.

Pengalaman demi pengalaman berjaya kami kumpulkan. Harap-harap pengalaman ini menjadi penanda aras bagi kami untuk terus maju dalam bidang ini. Hendak menjadi bagus, mestilah cuba berkali-kali. Kalau hanya sekali, siapa yang akan peduli. Pengalaman merupakan pengajaran yang paling berharga. Manusia lebih mudah ingat melalui praktikal berbeza dengan teori.  

Selepas habis perform, aku dan bandmate berpisah di Bandar Tun Razak. Aku bermalam di rumah Amir manakala bandmate aku yang lain bermalam di rumah sewa Acap. Keesokan harinya aku pulang. Selamat tinggal Kuala Lumpur, satu hari aku pasti datang lagi. Kalau bukan kerana kerja, mungkin aku datang kerana cinta. Aku bertemu Kuala Lumpur pada tahun 2009 dahulu disebabkan cinta. Cinta memang merbahaya, kalau anda seorang yang mampu menanggung risiko. Bercintalah sedaya yang anda mampu. 

Tidur. Esok kerja !  

Under Cover of Darkness

Nawaitu


Hari itu.











      

Friday, 6 April 2012

Selamat hari jadi April 4 !


April 4, nama band yang aku dan rakan-rakan tubuhkan waktu kami di zaman kolej dahulu. Apa keistimewaan band kami bukanlah pada muzik, tetapi pada nama band dan kebersamaan kami. Aku dan Amir memang sudah sediakala kenal daripada semester 1 lagi. Kebetulan kami di kelas yang sama dan aku juga yang membawa dia keluar dari kehidupan yang gelap(Black). Kami berkawan baik. Sebelum aku tahu bermain gitar, Amir yang menjadi pemetik gitar disamping aku yang menyumbangkan suara. Kami mula menghiburkan orang dengan pergi dari bilik ke bilik di hostel dan memainkan lagu-lagu yang kami tahu. Takdela semua bilik, cuma bilik kawan-kawan kami sahaja. Aku memang kurang pengetahuan dalam bidang muzik berbanding Amir. Tengok pada bapaknya sahaja kita boleh jangka yang Amir tahu sedikit sebanyak tentang muzik. Remeh temeh betul. 

Di semester 2, aku mengenali Zed. Seorang remaja yang dulunya taksub dengan tarian shuffle yang aku memang tak berapa berkenan dengan tarian itu. Menggesel-gesel dan menghentak-hentak kaki di permukaan lantai. Kalau lantai itu boleh berkata-kata, sudah tentu Zed mengambil keputusan untuk berhenti shuffle dengan lebih awal. Dia memang bersungguh-sungguh untuk menubuhkan sebuah band. Sebelum bersama aku, dia telah menubuhkan 2, 3 band tetapi tidak unggul kerana komitmen yang kurang jelas diantara mereka. Zed harus bersyukur sebab dia dapat mengenali aku. Aku memang seorang pemalu. Tetapi pemalu-pemalu pon aku mampu menghidupkan sebuah band yang rata-rata masih baru mengenal muzik. Aku mula bekerjasama dengan Zed apabila kolej aku membuat satu program yang aku anggap mengarut. Aku bersetuju dengan Zed untuk menjadi penyanyi di malam program karutan kolej ku. Tapi aku berterima kasih juga, kerana dengan program karutan itu, aku mampu membuat persembahan yang pertama di atas pentas.  Takut, gugup semuanya ada.

Semester 3, waktu ini aku sudah tahu bermain gitar. Cuti semester aku manfaatkan dengan belajar bermain gitar dengan jayanya. Terima kasih kepada ayah, kerana akhirnya memberikan tunjuk ajar walaupon pada mulanya ayah melarang aku mengikut jejaknya. Di semester ini, kami mula  berjinak-jinak ke studio untuk melakukan latihan muzik. Tapi hakikatnya bukan latihan, tapi kami cuma berhibur. Drummer yang sebelum ini bermain dengan kami mempunyai masalahnya tersendiri. Jadi kami mencari seorang drummer yang boleh aku katakan terbaik. Namanya botak(Iqwat). Budak ini aku tak berapa kenal. Tetapi dia terlalu menyerlah waktu kami orientasi di semester 1. Kami meminta dia untuk bermain bersama kami kerana band lamanya hampir terbubar kerana vokalis lamanya lari meninggalkan mereka(haha). Akhirnya botak bersetuju menyertai kami. Aku pon giat berkomunikasi dengan mana-mana penganjur untuk membuat persembahan. Aku tahu kami terlalu gopoh. Baru setahun jagung sudah mahu menduga lautan dalam. Tapi sudah minat. Lagipon duit Zed yang banyak habis.  : P Sebelum aku terlupa. Botak, good luck dengan event yang ang ketuai tu. Apa orang nak cakap lantaklah, janji ang puas. Ang paham tak ? Sori aku tak dapat datang. Hehe. (nak puaskan hati orang memang susah. Ingat tu Botak.)

Sebelum bertukar nama kepada April 4, nama kumpulan kami adalah Junkies. Ilham penukaran nama diberikan oleh  salah seorang pensyarah di kolej kami. Ini disebabkan kami mahu bermain Battle of the Band dan kami mewakili kolej kami. Nama Junkies seperti tidak sesuai kerana bunyinya ala-ala negatif. Sumpah, kenangan bermain di Battle of the Band itu merupakan kenangan yang kedua manis selepas kenangan paling manis aku kecapi apabila aku bermain dengan band Amir di Kuala Lumpur. Nama band itu Bella Vista. Pengalaman bermain di Pub dengan sesi akustik memang menenangkan. Walaupon waktu itu, aku hanyalah pengganti kepada vokalis mereka yang sebenar. Amir, Azim, Acap, Matpet terima kasih kawan.

Berbalik kepada April 4, aku rasa band yang kami tubuhkan ini unik. Kerana secara kebetulan, tarikh lahir kami adalah di bulan yang sama iaitu bulan April dan kami pula mempunyai empat anggota kumpulan. Itu sebab nama April 4 dinaikkan oleh anak-anak muda April ini. Hari lahir Zed dan Amir memang dekat iaitu Zed 2/4 dan Amir 3/4. Bagi aku pula, jaraknya tidaklah jauh kerana aku lahir pada 6/4. Selang beberapa hari saja dari mereka. Berbeza dengan botak yang lahir pada 28/4. Tetapi masih dalam bulan April. Aku rasa kami memang sepadan. Terima kasih kawan.  =)

SELAMAT HARI JADI APRIL 4!


 April 4



Bella Vista


Sekarang aku bersama mereka.
Class Clown Hero 

ni event yang botak handle. ayuh kita kesana !

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN YANG MENGUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR KEPADA AKU ! ALLAH SAJA YANG AKAN BALAS KEPRIHATINAN KORANG TERHADAP AKU.  =)


Thursday, 5 April 2012

Battle of the band !


30 Mac 2012
Dalam pukul 10.45 malam aku keluar dengan kegembiraan bercampur kekecewaan. Kegembiraan kerana aku dengan bandmate mahu membuat latihan disebabkan Battle of the band yang akan berlangsung keesokan harinya. Kami teruja. Malam itu kami praktis hampir dua jam, hingga kami bosan dan letih. Kekecewaan pula disebabkan oleh kekalahan pasukan pilihan aku iaitu Perak. Kekalahan besar yang mereka perolehi daripada Kedah sedikit sebanyak membuat aku terfikir yang takdir Allah itu memang tidak boleh dijangka. Secantik mana strategi, permainan, skil individu tapi kalau yang Maha Besar kata engkau akan kalah malam ini. Engkau tetap akan kalah. 

Takdir memang sukar diduga, kalau ia boleh diduga aku yakin manusia akan hidup dengan sambil lewa. Kekalahan itu membuat hati aku sedikit tercalar, tapi tidaklah calar secalar perempuan-perempuan cantik mencalar. Perempuan-perempuan cantik mencalar lagi hebat, ia mengambil masa dalam 2, 3 bulan untuk pulihkan bahagian yang calar itu, kadang-kadang boleh lebih daripada itu. Bahaya bukan ? -Lelaki sejati, berhati-hati.

31 Mac 2012
                Pagi itu lebih kurang pukul 7.30 pagi, aku bangun, bersih dan kemaskan diri. Terus gerak ke rumah Acap. Acap merupakan bandmate aku yang aku kenal dari zaman aku sekolah di sekolah teknik dulu. Kemudian kami menunggu Capik, aku mengenali Capik melalui Acap dan Nuh, manakala Nuh pula aku kenal semenjak dari kami PLKN lagi. Tapi Nuh pergi dengan keluarga dia. Seterusnya kami menunggu pula drummer “sementara” kami iaitu Mok, kenapa “sementara” ? kerana Mok sudah mempunyai band sendiri, berlainan dengan kami; iaitu tidak mempunyai drummer. Anda berminat ?-mari sini ! 

                Setelah semuanya berkumpul, kami memulakan perjalanan ke Seri Iskandar tempat pertandingan berlangsung. Nak dekat pukul 10.00 pagi kami sudah sampai ke tempat yang dituju. Malangnya, kami terlupa yang penganjur pertandingan sebangsa dengan kami. Jadi terpaksalah kami tunggu hampir 3 jam lebih sebelum pertandingan bermula. Aku kecewa dengan bangsa aku sendiri. Mereka bukan tidak tahu yang menunggu itu perkara yang membosankan. Tetapi disebabkan aku sudah lali dengan kebosanan, aku biarkan saja bosan itu menganggu setiap ruang dalam jiwa aku. Mungkin penganjur mahu mengajar peserta untuk bersikap sabar. Aku pasrah.

                Dalam penantian sebelum acara bermula. Aku mula resah bila aku terpandang sebuah band yang aku pernah lihat mereka bermain di salah satu gig di Ipoh. Kemudian aku ternampak pula sebuah band yang diketuai oleh seseorang yang aku pernah berkomunikasi untuk bermain di gig anjurannya suatu ketika dahulu. Ketika itu aku masih bersama dengan band lama iaitu The April 4. Memang perasaan aku mula tak tenang. Daripada cool aku terus jadi beku. Terus tersenyap. Lirik-lirik yang aku hafal pon aku hampir terlupa. Mungkin kerana terlalu gugup. Aku yakin bandmate aku yang lain pon mengalami rasa yang sama. Ahhh pedulikan, kami datang untuk bergembira. Menang kalah belakang cerita, janji kami dapat bermain dihadapan khalayak dan menghiburkan mereka. Itulah tugas seorang penghibur. Hidup kalau tidak berani mencuba, memang rugi. Dengan mencuba, kita dapat tahu mana kelebihan dan kelemahan kita.

                Dalam pukul 1 lebih, penganjur panggil semua peserta untuk diberi sedikit taklimat. Dalam taklimat ada diberitahu yang para peserta akan dipanggil secara rawak. Selang beberapa minit selepas taklimat, nama band kami dipanggil untuk membuat persembahan. Semua jadi gelabah, tak tentu arah, maki hamun semua keluar. Sial punya penganjur, macam tahu-tahu aku marah diorang sebab tak menepati masa. Dalam keadaan kelam kabut, aku cuba berlagak cool. Bandmate aku, aku tak tahu la macam mana perasaan diorang. Tapi yang pasti Nuh gegar lutut  : P. 

Nak buat macam mana, segan ke, malu ke, kami kena perform juga. Semuanya di tangan kami, kami boleh lari tapi kami tak lari. Jadi memang betul niat kami datang adalah untuk berhibur. Menjadi orang yang pertama memang sukar. Kita dijadikan contoh dan penanda aras. Sudah pasti tekanan ditahap yang paling atas. Tambah-tambah kami semua masih baru. Memang jauh rezeki kami disana, nak lepas saringan pon tak mampu. Tapi nak buat macam mana, kami sedar di mana kami berdiri. Manusia yang tak bergigi dengan yang bergigi mana sama cara gigitan dan kehalusan cernaannya. Taring pon kami tak mampu tunjuk lagi. Tapi yang penting kami dapat pengalaman. Alhamdulillah.

Balik dengan penuh rasa penat dan separuh gembira. Separuh gembira kerana pengurusan penganjur yang tidak cekap dan mengecewakan. Sekali lagi aku kecewa. Ahhh, tanpa cinta pon aku masih mampu kecewa. Dunia memang tidak pernah mengizinkan aku gembira terlalu lama. 

Gambar sekitar hari pertandingan.  :)





    P/S TERIMA KASIH KEPADA ZEE IYLA ATAS GAMBAR-GAMBAR YANG CANTIK NI.  =)