Penceritaan hidup aku umpama sudah mati kerana sibuk dengan galasan kerja. Padahal kerja aku tiada
seteruk ahli-ahli iluminati membuat ritual untuk ke neraka pasti. Ambil pesanan,
cari pesanan, kumpul pesanan, buat invois dan hantar. Kerja memang seronok,
tapi kalau waktu-waktu seronok itu digantikan dengan apa yang aku minat.
Mungkin ia lebih menyeronokkan. Semenjak aku menyertai Mydin dan sekutunya, aku
umpama manusia yang kelaparan harta. Ditambah pula dengan tanggungjawab ke atas
sebuah kereta keluaran Proton. Lagi 4 tahun kena sambung bayar. Terima kasih
ayah, memberikan adik tanggungjawab demi mematangkan anak lelaki tunggalmu ini.
Aku seronok diberi tanggungjawab, sebab dengan tanggungjawab aku boleh menilai
dimana tahap kematangan aku terhadap sesuatu. Aku mula konkritkan diri kepada
satu kerja saja sekarang. Jika ada peluang lain, aku mungkin pergi meninggalkan
Mydin dengan tongkang nepalnya. Mydin merupakan sebuah syarikat yang mempunyai
strategi mempertahankan warga-warga asing. Ya, aku belajar bisnes dan aku tahu
konspirasi Mydin ini. Sampah !
Makin lama
aku bekerja, makin bosan aku dengan persekitaran yang sama. Pengurusan jabatan
yang kurang memuaskan bagi aku. Semuanya tunjuk bagus. Tambahan orang-orang
atasan yang aku tak tahu cara nak hormat. Kalaulah
duit boleh jatuh dari langit selepas aku selesai mengarang ini. Sumpah, aku
akan teruskan kerjaya menulis ini. Lebih seronok, santai dan aku juga
berpeluang mengekspresikan diri aku yang sebenar. Memang lama aku tinggalkan
dunia karangan ini. Mungkin disebabkan kerja, aku penat dan tertekan sehingga
ayat-ayat manis gagal aku keluarkan bila mahu bercumbu dengan komputer riba
aku. Malas aku nak meraba-raba papan kekuncinya. Seolah-olah sudah mati pucuk
aku dibelaiannya. Tiada nafsu, tiada ghairah untuk otak aku menyusun kata-kata
biru. Sekali-sekala kata-kata itu datang juga dan aku hanya mewartakannya di
muka buku.
Aku minat
berbahasa, dan jika berpeluang aku mahu jejakkan kaki ke dunia intelektual
sebagai siswa sastera. Tetapi selalunya apa yang dirancang selalunya akan
pincang. Aku belajar melalui pengalaman, Aaron Aziz pon tak tahu dia akan jadi
artis dan terkenal macam sekarang. Cuma satu kata yang boleh melengkapkan cara;
Berusaha. Kata kunci ini sentiasa ada pada mereka-mereka yang sudah letih bercakap tanpa anjakan paradigma.
Aku bukan dari kalangan mereka. Aku tahu, mulut juga merupakan anggota tetapi
aku yakin ianya kurang membantu dalam aspek berusaha kecuali kepada abang-abang
dan kakak-kakak promoter yang mahu melariskan jualannya. Cakap lawa. =)
Untung aku
menggunakan samaran lain di tempat kerja. Dari
Amirul aku ke Khalid. Sebab aku tahu, syarikat yang akan aku bernaung
bukanlah benar-benar yang aku suka. Bukan kerja-kerja sebegini yang aku harapkan.
Aku ada agenda lain, yang memang lari dari dunia aku yang sekarang ini. Semua
manusia ada agenda tersendiri. Biarlah
aku simpan agenda aku sehingga bunyinya bertukar menjadi lagenda. Lagenda
yang akan aku ceritakan kepada anak-anak aku tentang haluan kiri yang aku ikut
semasa dibangku sekolah lagi. Tanpa
cita-cita, tanpa minat dan tanpa tanggungjawab. Rugi aku belajar
berbasikal, rugi ibu-bapa aku menghabiskan duit-duit yuran jika tahu anaknya ke
sekolah tanpa sebarang tujuan. Rugi aku belajar merangkak, rugi aku belajar
berjalan, kalau aku tahu daripada akar, sudah tentu aku takkan menjadi pokok.
Sekarang aku memang betul-betul pokok. Membesar
mengikut haluan dunia, bukannya haluan sendiri. Apabila dipotong, pasti aku
rebah tanpa sebarang bunyi. Semakin hari,
semakin banyak dosa. Hipotesis yang tak mungkin lari dari kehidupan aku
sehari-hari.
Manalah
jalan lurus, kenapa aku masih mengikut denai sedangkan orang lain sudah
menggunakan jalan tar. Tak sambung belajar, tak minat. Habis apa fungsi
ditiupkan roh ke jasad aku ? Syurga. Ya, mungkin itu matlamat
terakhir ku. =)
Apa-apa pun aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.
Terima kasih Allah. =D
Ketawa biar sampai tak nampak mata, pastikan bila buka yang lain juga turut sama tertawa. =)
Semuanya
berbunyi indah tanpa ada tangisan yang mengiringi kata-kata sopan di atas.
Tiada bunyi sedih, tiada bunyi hiba. Semuanya ceria, semuanya berjalan dengan gembira.
Tapi aku, masih bergelut dengan pencarian. Mencari memang tak seronok. Aku
benci mencari. Mencari kekasih, mencari kehidupan. Semuanya aku malas. Tapi
lumrah kehidupan, semuanya telah menjadi tabiat setiap individu untuk mencari.
Sebelum kita menjadi daging pon kita telah mula mencari. Mencari ovum untuk
bersenyawa. Kalau masa itu kita malas mencari, mungkinkah kita yang berdiri
disini sekarang ? Hidup memang tak boleh lari dari perkataan mencari, serius
tak boleh. Kata kerja ini sering digunakan dalam kehidupan harian. Perkataan
ini bukanlah 'rare' kerana sering sangat diguna pakai. Dah boleh diibaratkan
macam bohsia, tapi perkataan ini suci bukan macam bohsia keji. Bosan dan
menunggu adalah perkataan yang seangkatan dengan mencari. Siapa dengar pasti
membenci. Konflik antara perkataan-perkataan ini mungkin akan wujud sampai kita
mati. Bosan + menunggu + mencari = Benci.
Cuba lari adalah benda yang
paling bodoh yang akan dilakukan oleh orang yang kurang berfikir. Sampai bila
kita boleh lari, dunia kita ini bulat. Kalau kita lari, pusingannya tetap sama
cuma budaya saja yang berbeza. Dunia makin moden, semuanya boleh berkait. Tak
guna lari, buat sakit kaki tapi yang dapatnya maki bukannya penghargaan yang
tinggi. Oleh itu, aku mula mencari. Hari ke hari aku mencari. Sekarang pun aku
masih mencari. Tapi aku tak pasti apa yang aku cari. Kekasih hati ataupun
kehidupan peribadi yang harmoni. Yang aku pasti, aku masih lagi terkapai-kapai
di lautan kerjaya yang aku sendiri pun tidak tahu apa kesudahannya. Adakah aku
akan tenggelam ataupun aku masih mampu terapung dengan persekitaran yang
bergelora ini. Aku harap aku masih terapung hidup bukannya terapung kembung.
Pencarian takkan berhenti
walaupun kita sudah dapat apa yang kita cari. Kerana aku pasti, benda yang
dicari kalau tak pandai dihargai mesti akan pergi. Oleh itu, pencarian baru
akan ditukar ganti. Macam kalangan budak-budak muda sekarang. Putus cinta frust
nak mati. Bila dah okay, pasti mencari kembali. Cinta takkan kemana,
berkenal-kenal dulu sebelum bersatu lebih bergaya. Aku tak teruja langsung
dengan status-status gedik anak remaja yang selalu menconteng wall-wall
Facebook dengan kata-kata pujian kepada pasangan masing-masing. Bukan cemburu,
tapi berbulu. Ayat macam dah kahwin padahal baru nak kenal hati budi
masing-masing. Ahhhhh tertekan aku. Budak-budak sekolah sekarang ini memang
sudah berlangkah-langkah kehadapan dari zaman aku dulu.
Kehidupan kita bergerak
kehadapan, bukannya bergerak kebelakang. Cerita-cerita sains fiksyen saja yang
mampu berimaginasi kebelakang tapi realitinya kita akan terus kehadapan. Semakin
hari semakin moden. Kemodenan mengajar manusia untuk bermalasan. Dengan duit
dan kuasa manusia mampu buat apa saja. Kehidupan dulu dan sekarang masih dalam
laluan yang sama. Siapa yang berduit, dialah yang berkuasa. Manusia cuma mengubah
peraturan kehidupan dulu dan sekarang atas nama cinta saja. Tidak mengira
darjat, tidak mengira pangkat. Itu saja yang mampu diubah kerana semuanya
berkait dengan rohani. Yang lainnya tetap sama. Pucuk pangkalnya atas nama
duit. Tak percaya tanya Fasha Sanda dengan Nora Danish.
Mulalah mencari
wahai kaum manusia. Jangan jadi macam aku, sudah besar baru gatal-gatal nak cari
tujuan hidup, kerjaya, minat. Aku memang gagal untuk merancang. Iri aku dengan
adik aku sendiri sebab adik aku nampak berdedikasi dengan impian dia sekarang
ini. Dia sudah mula merancang. Aku harap dia berjaya dengan rancangan hidup dia
dan jangan mula mencari bila dah tua macam aku. Aku sudah terjebak menjadi kutu
rock n roll. Itu sebab personaliti aku kurang disenangi khalayak malahan
keluarga aku sendiri. Niat memang
penting dalam melakukan sesuatu. Tanpa niat memang susah nak temu jalan yang dituju.
Niat aku tetap sama, mencari haluan hidupku.
=)
Lagu band aku. Aku sendiri suka dengar lagu ni. =)
Hari
ini aku bangun tidur penuh dengan keghairahan berhibur. Ini disebabkan, selepas
sahaja waktu kerja aku akan memulakan perjalanan Rock n’ Roll aku yang sudah
sedia aku rencanakan daripada pertengahan bulan April lagi. Kuala Lumpur adalah
destinasi aku. Seperti yang diketahui, kotaraya pancaroba itu sahaja yang penuh
dengan hiburan dimana band-band atau artis dari luar melakukan jelajah mereka
di Malaysia. Kali ini aku perlukan Rock n’ Roll. Jiwa aku memberontak untuk
kearah itu. Bunyi-bunyian sahaja tidak cukup untuk melegakan deria-deria dalam
tubuh aku untuk berhibur. Deria-deria aku mula meronta-ronta mahu dipuaskan. Semua
deria. Deria telinga aku sudah bosan dilimpahkan dengan kata-kata tohmahan
daripada deria-deria lain yang wujud dalam badan aku. Ini kerana, aku sering
memanjakan deria telinga aku dengan alunan-alunan rock n’ roll. Rontaan ini
lebih hebat dari rontaan-rontaan si peminat-peminat K-Pop yang tersepit dengan
godaan-godaan gadis atau jejaka bermata sepet. Jadi keputusan sudah diambil,
walaupon waktu cuti yang singkat aku tetap perlu mendapatkan apa yang aku
mahukan. Cukuplah selama ini aku hanya memandang gadis-gadis cantik dan cuma
mampu melemparkan senyuman yang manis. Tetapi pada Rock n’ Roll, aku tidak
perlukan sikap pemalu. Aku mahu terus peluk, cium, bercumbu dengan tiga ayat
yang dapat dirungkai dengan satu kepuasan ini. Aku mampu. Aku yakin.
Pukul
5.30 petang sudah sampai. Laju-laju aku keluar dari ofis yang memang sedia
maklum bosan. Dalam pukul 6.00 petang aku sampai ke rumah. Aku mengambil masa
beberapa minit untuk berfikir-fikir sama ada mahu pergi ataupon tidak kerana
cuti hanya sehari. Akhirnya dapat juga aku membuat keputusan. Aku bersiap-siap,
kerana selepas sahaja solat maghrib aku akan ke medan gopeng dengan pertolongan
ayah yang akan menghantar aku kesana. Aku mengambil tiket dalam pukul 8.45
malam dan sampai di Hentian Puduraya lebih kurang jam 11.45 malam.
Hentian Puduraya, Kuala Lumpur.
Aku sampai di Kuala Lumpur berhampiran pukul
12.00 malam. Itu menandakan bermulanya cuti aku di 1 May 2012 iaitu di Hari
Buruh. Aku mesti menggunakan waktu yang ada dengan betul kerana aku tidak
mempunyai jarak masa yang lama sebelum pulang ke Perak kerana keesokan harinya
aku bekerja. Sesampainya aku di Kuala Lumpur. Aku menantikan sahabat aku yang
sentiasa ada bila aku memerlukan. Sahabat yang aku maksudkan ialah Amir. Amir
datang dengan rakan-rakan yang lain dan kami terus ke tempat futsal yang aku
pon tidak tahu apa namanya.
1 May
2012
Gelanggang Futsal.
Aku memang hebat. Turun bas dari
Ipoh dan kemudiannya terus dibawa bermain futsal. Hebat bukan ? Bukan nak kata
diri hebat, tapi disebabkan waktu itu aku rasa badan aku belum cukup untuk mengembalikan
tenaga yang telah aku gunakan di tempat kerja, di dalam bas dan menunggu.
Tetapi aku masih lagi mampu menggunakan lebihan tenaga-tenaga itu untuk bermain
futsal selama sejam. Hebatlah tu kan ? Perkataan menunggumesti ada, hidup
kalau tiada perkataan menunggu memang membosankan. Ahhhhh, aku stress. Kalaulah
perkataan menunggu itu hanyalah satu perkataan yang tanpa ada perlakuan
disebaliknya. Pasti ramai manusia yang akan gembira jika perkataan menunggu itu
hanyalah satu perkataan. Aku yakin, perlakuan yang membuatkan manusia marah
dengan perkataan ini.
Ok,
sambung cerita. Tidak diduga aku masih mampu bersukan, aku bangga dengan diri
aku, aku bangga dengan fizikal aku yang besar tetapi masih lagi mampu bersukan.
Sudah lama aku tidak bersukan. Kali terakhir aku bersukan ialah pada bulan
November tahun lepas. Aku memang sudah lama tidak bermain bola mahupon futsal.
Bola adalah permainan kedua aku selepas Ragbi. Ragbi merupakan sukan kegemaran
aku. Maaf, sebab mendedahkan hobi aku. Aku sudah mengenali rakan-rakan di Kuala
Lumpur sejak tahun 2009 lagi. Ketika itu aku bermain kugiran bersama Bella Vista.
Untung ada kawan ramai, kurang rasa sunyi ada tempat untuk dipenuhi. Aku selesa
dengan kawan-kawan aku di Kuala Lumpur. Aku harap mereka juga merasakan yang
sama. Terima kasih Amir, Afiq, Abg K, Hadi, Shuq, Syimie, Airel dan yang
lain-lain.
Kedai Mamak Irshat.
Selesai bermain futsal
rakan-rakan mengajak untuk menonton perlawanan bola sepak liga inggeris antara
Manchester United dan Manchester City. Aku mengikut sahaja walaupon badan sudah
penat. Bila lagi nak penatkan badan. Selama ini aku banyak memanjakan anggota
badan aku di depan komputer riba dan di atas katil sahaja. Cuma sesekali aku
meletihkan anggota aku dengan memetik-memetik gitar kapok yang sentiasa
menemani jika aku kebosanan. Sekali-sekala mahu juga aku mengajar badan aku
erti penat dan peluh.
Mujur Manchester City menang.
Aku memang tidak menyokong kedua-dua pasukan ini. Tetapi aku yakin ramai yang
bencikan Manchester United berbanding Manchester City. Pasukan pilihan aku
ialah Perak dan Tottenham Hotspurs bagi Liga Inggeris dan Real Madrid bagi Liga
Sepanyol. Bolasepak di luar negara memang berbeza dengan bolasepak tempatan.
Cara permainan, fizikal, mental semuanya berlainan. Tapi apa yang penting
adalah hiburan. Sukan juga boleh dijadikan hiburan. Sebab itulah tiket habis
dijual. Tidak kiralah apa jenis sukan sekalipon, ianya pasti mempunyai peminat
mereka yang tersendiri. Ini kerana sekalian manusia dahagakan hiburan yang
sihat. Fenomena di Kuala Lumpur memang gila. Aku tak pernah lihat di Ipoh
dimana satu kedai penuh dengan peminat-peminat fanatik bolasepak luar negara
ini. Mungkin juga kerana di Ipoh aku seperti kera sumbang. Tidak selalu keluar
rumah jika tiada kawan-kawan. Sebab itulah aku tidak nampak fenomena ini di
Ipoh. Di Kuala Lumpur, tidak kiralah kedai mamak ke, kedai cina ke, kedai
melayu ke, semuanya melalui suasana yang sama. Mereka bersosial dengan
menyaksikan perlawanan bolasepak pasukan pilihan masing-masing. Aku rasa
keadaan ini lebih baik daripada mereka bersosial dengan cara yang melalaikan.
Selesai saja
tengok bola lebih kurang pukul 5.00 pagi. Aku dengan Amir pulang ke rumah.
Mendapatkan tidur yang secukupnya untuk berRock n’ Roll lebih kurang beberapa
jam saja lagi. Selamat tidur Kuala Lumpur.
Rumah Amir, Bandar Tun Razak.
Sampai saja dirumah Amir, aku
mandi dan tidur. Penat betul, seharian badan aku bertugas tanpa ada sebarang
rehat yang panjang. Untung sepanjang perjalanan aku ke Kuala Lumpur, aku dapat
tidur sekejap di dalam bas. Walaupon tidak selesa, nikmat itu masih terasa.
Syukurlah.
Pagi itu aku
bangun lebih kurang dalam pukul 10.30 pagi. Terjaga saja dari tidur,
berkobar-kobar jiwa aku mahu menyaksikan kugiran kegemaran aku. Walaupon jarak
waktu masih lagi jauh iaitu lebih kurang 6 jam setengah lagi. Tapi jiwa aku
meronta-ronta untuk dipenuhi semangat rock n’ roll kugiran dari seberang itu.
Selepas bersiap-siap, aku dengan Amir pergi mengambil makan pagi yang agak
lewat dan aku kategorikan makan pagi itu sebagai makan tengah hari kami.
Biasalah budak bujang, makan-makan pagi selalu tidak diendahkan kerana masih
hanyut dalam igauan sendiri. Macam biasa, aku ke kedai Fiza. Malas nak cerita
pasal perempuan. Kalau tak sakit hati, sakit gigi sakit gusi sebab menceritakan
benda yang tak pasti.
Selesai makan, kami bersiap-siap
untuk ke lokasi hiburan. Cinta Restolounge, tempat yang kami cari. Banyak
kesulitan yang kami tempuhi. Sangat banyak dan sangat manis. Pertamanya, kami
membetulkan kasut Amir yang lekang ditelan usia. Gam gajah dibeli untuk
mengembalikan bentuk kasut itu seperti sediakala. Lama juga nak tunggu gam
kering. Sambil menunggu, cuaca diluar membisikkan pengalaman ekstrim yang akan
kami lalui sebentar lagi. Hari mulai gelap. Perasaan gusar dan kecewa
perlahan-lahan masuk ke dalam jiwa aku yang tengah berkobar dengan semangat
rock n’ roll. Aku yakin Amir pon merasakan benda yang sama. Tapi aku dah sampai
di Kuala Lumpur. Takkanlah aku datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk bermain
futsal dan menonton perlawanan liga inggeris. Sangat hina Ipoh dimata
orang-orang Kuala Lumpur jika tahu aku berbuat sedemikian. Bukannya tiada
gelanggang futsal dan kedai-kedai mamak di Ipoh. Memikirkan benda yang hina itu
akan berlaku, aku teguhkan diri untuk menghayati cuaca-cuaca indah di Kuala
Lumpur.
Sekitar Kuala Lumpur.
Perjalanan
kami bermula. Aku sebagai penunggang dan Amir sebagai pembonceng merangkap
penunjuk jalan. Belum sampai beberapa
kilometer, hujan telah mencemburui kami. Kami basah lenjun. Lokasi pertama kami
ialah Hentian Puduraya. Masa di sini pon kami sudah lenjun. Tujuan kami ke situ
dahulu ialah untuk memastikan tiket bas ke Ipoh yang paling akhir akan berlepas
hari ini dan letak beg aku disana. Tiket bas yang paling akhir adalah pada
pukul 10.50 malam dan aku yakin aku sempat untuk naik bas selepas ber’rock n
roll. Hampir beberapa minit juga kami menunggu hujan berhenti. Mujurlah hujan
kembali renyai dan kami pon menyambung perjalanan ke tempat berhibur.
Amir memulakan tugas sebagai
penunjuk jalan. Kami mencari jalan. Aku rasa kitorang dah macam pelancong
asing. Banyak kali sesat, banyak kali silap jalan. Tapi usia mengajar kami
untuk tidak mudah berputus asa. Semangat Rock n’ Roll bergerak seiring dengan
kami dan itu menguatkan kami untuk menempuhi cuaca yang sungguh basah. Akhirnya
kami menjumpai lokasi yang kami cari. Kami sungguh basah, kami segan, kami
sejuk. Lepak-lepak dulu di luar untuk menenangkan jiwa yang sedang dihujani
rasa geram. Tapi aku tak pernah marah, itu dugaan yang diberi oleh Allah kepada
kami. Kami redha.
Nasib baik acara
belum dimulakan lagi. Mereka umpama sedang menunggu kami. Masuk-masuk saja ke
tempat itu. Band pertama baru hendak menyediakan instrumen masing-masing. Mujur
kami sempat. Kami memanaskan badan dengan band Jendela Biru yang berasal dari
Brickfield Kuala Lumpur. Mereka memang rock n’ roll. Memang layan. Aku dengan
Amir merasa tidak rugi sebab sempat melihat persembahan mereka. Jendela Biru
menamatkan persembahan mereka lebih kurang pukul 7.00 petang. Mira dari band
Tilu selaku pengacara majlis, mengumumkan rehat bagi menghormati solat maghrib.
Selepas ini band Zip Zieller dan kemudiannya baru The Changcuters.
Aku dan Amir
keluar sebentar kerana dugaan kami belum selesai. Kali ini berkenaan dengan beg
aku. Mak cik tempat simpan beg pesan kena ambik beg sebelum pukul 10.00 malam.
Aku yakin yang kami tidak akan sempat sampai ke sana sebelum pukul 10.00. Jadi
aku berkira-kira dengan Amir. Sempat atau tak ? Banyak keputusan yang aku cuba
hasilkan untuk menyelesaikan masalah kami itu. Akhirnya, aku dan Amir mengambil
keputusan untuk kembali ke Hentian Puduraya untuk mengambil beg aku. Bukan apa,
jika aku tertinggal beg disana sudah semestinya aku akan pulang ke Ipoh
keesokan harinya. Aku tidak kisah, tetapi masalahnya aku bekerja keesokan
harinya. Disini nampak tanggungjawab aku sebagai pekerja yang berhemah. Dalam
perjalanan ke Hentian Puduraya, kami sesat lagi. Nasib baik jumpa juga jalan
kesana. Lepas ambil beg, Amir pulak menawarkan aku KFC. Rezeki jangan ditolak.
Kami melayan kerenah perut kami di KFC berhadapan dengan Hentian Puduraya. Zip
Zieller kami lupakan demi santapan Dinner Plate didepan mata.
Kekenyangan aku dipotong oleh
cuaca yang kembali hujan selepas kami selesai makan. Banyak betul dugaan. Aku
yakin dugaan ini lebih merapatkan aku dengan Amir. Susah senang kami bersama. Keputusan
untuk redah saja hujan itu dipersetujui oleh aku dengan Amir. Rugilah kami
kalau terlepas kugiran kegemaran kami. Dalam perjalanan ke tempat acara kembali,
kami sesat lagi. Memang lawak dan memang geram. Dalam basah-basah kuyup, kami
kental melalui setiap jalan-jalan di Kuala Lumpur yang memang memeningkan.
Jalan di Ipoh pon aku belum habis teroka, inikan pula di kotaraya padat ini.
Benda yang tak
disangka berlaku sesampainya kami disana. Dari luar terdengar band Zip Zieller
sedang membuat persembahan. Aku dan Amir duduk ditangga. Duduk di bawah kipas
untuk keringkan badan. Dibantu oleh sedikit api-api kecil dari rokok Winston
yang kami hisap. Aku dan Amir berfikir-fikir dari mana The Changcuters akan
masuk sebentar lagi. Sedang kami berfikir-fikir, tiba sebuah van dari mana
datangnya pon aku tak tahu. Bila dibuka, ahli-ahli kugiran kegemaran aku keluar
satu persatu. Kami teruja gila. Mujur tiada kamera, kalau ada sudah tentu aku
pergi mengambil gambar dengan mereka. Bateri telefon Amir pula habis disebabkan
GPS yang kami gunakan sepanjang perjalanan kami ke sini. Kalau tidak, sudah
tentu ada kamera. Aku teruja. Aku dengan Amir yang nampak mereka sampai dulu.
Malangnya mereka tidak menggunakan tangga. Mereka menggunakan lif untuk naik ke
atas. Tapi aku tetap teruja. Dari youtube aku selalu menyaksikan persembahan
dan lakonan mereka. Tetapi kali ini mereka didepan mata. Aku dapat pegang
setiap seorang daripada mereka bila mereka memasuki tempat acara. Tria, Qibil,
Alda, Erick, Dipa semuanya aku dapat pegang. Puas hati aku. Aku lebih teruja bila Qibil pegang bahu aku balik.
Aku dan Amir masuk kedalam untuk
memulakan proses rock n’ roll kami yang sebenar. Tapi pergerakan aku agak
terbatas disebabkan beg yang aku bawa tadi disamping pakaian yang sedang basah.
Basah tak basah, peluang bukannya selalu ada. Jadi aku tidak lepaskan peluang.
Kali ini baru aku rasa aku menggunakan peluang yang ada. Selalunya aku pasti
melepaskan peluang begitu saja. Sedihnya hidup aku. The Changcuters mengajar
aku erti mengejar peluang. Mengejar mereka dari Ipoh ke Kuala Lumpur membuat
aku sedar bahawa diri aku sudah matang. Aku dapat membesarkan kelompok
rakan-rakan aku di Kuala Lumpur walaupon aku sedikit pemalu pada mulanya.
Perasaan malu akan hilang jika yang lain mampu memberikan kita rasa yang
selesa. Kerjasama itu penting. Haiwan juga tahu apa itu kerjasama. Tak percaya,
tanyalah geng-geng Wonderpets. Syukurlah rakan-rakan Amir membuatkan aku rasa
selesa bila bersama mereka.
Tria ada
memberikan kata-kata yang berharga melalui pandangan aku. Ianya berkait dengan
kemelut antara Indonesia dan Malaysia. Katanya “kita teman-teman disini berdiri
atas nama muzik. Tidak kira ada perbedaan antara Malaysia dan Indonesia. We
don’t Fucking care !”. Lebih kurang macam inilah yang diungkapkan oleh Tria.
Kata-kata itu menguatkan aku untuk terus menyokong mereka walaupon mereka jauh
diseberang sana. Malam itu aku benar-benar ber’rock n roll tapi dalam hati
terdetik juga satu perasaan yang bercampur baur. Sempatkah aku naik bas malam
ni ? nak ambik MC ke esok ? banyak idea-idea nakal yang terbit dalam otak kecil
aku ini. Tapi dengan pengalaman yang ada, aku menidakkan segala persoalan dan
idea-idea nakal yang diolah oleh aku sendiri. Selesai sahaja persembahan The
Changcuters, aku dan Amir terus ke Hentian Puduraya. Kami melupakan hasrat
untuk bertemu The Changcuters untuk sesi autograf kerana tiada kamera dan
kesuntukan masa. Masa tidak pernah menunggu kita, tapi kita yang seharusnya
mengejarnya. Acara itu tamat lebih kurang pukul 10.20 malam. Nasib baik aku dah
ambik beg aku awal-awal. Kalau tidak, memang esoklah keberangkatan aku ke Ipoh.
Hentian Puduraya, Kuala Lumpur.
Akhirnya kami sampai juga kesini
dan aku pasti meninggalkan Kuala Lumpur malam ini juga. Tiket bas pukul 10.45
malam telah aku ambil. Susah betul nak membuat pilihan bas di hentian ini.
Semuanya secara paksa. Aku rimas, aku rungsing. Aku nak naik bas dua tingkat.
Tapi bila difikir-fikirkan balik, biarlah rupa bas itu macam mana pon. Asalkan
ia selesa dan selamat sampai. Itupon sudah cukup menyelesakan bagi aku. Asalkan
aku dapat tidur sementara sampai ke Ipoh. Bas sampai lebih kurang dalam pukul
11.00 malam. Terima kasih Amir sebab sanggup teman aku tunggu bas. Aku sayang
hang. Sebelum naik bas, aku peluk Amir tapi tidak rapat. Nanti orang syak yang
bukan-bukan pula. Tindakan aku itu disebabkan banyak halangan yang kami tempuhi
bersama hari ini. Tidak sampai 24 jam aku di Kuala Lumpur kali ini. Kalau dulu
masa tak bekerja, berhari-hari juga aku di sana. Tapi apa boleh buat,
masing-masing ada tanggungjawab dan komitmen kerja. Amir, terima kasih
memberikan layanan yang cukup bagus pada aku.
Medan gopeng, Ipoh.
Aku
sampai kesini pukul 2.30 pagi. Lebih kurang setengah jam lepas itu ayah sampai
ke medan gopeng untuk mengambil aku. Sesampainya ke Ipoh, mood berhibur aku
terus bertukar kepada mood bekerja dan bosan. Mood-mood hiburan telah aku
lepaskan waktu aku tidur di dalam bas tadi. Hiburan perlu ada untuk
menghiburkan setiap jenis anggota mahupon deria yang kadang-kadang letih jika kerap
melakukan perkara yang sama. Aku sudah manjakan setiap tubuh badan aku dengan
hilaian-hilaian rock n’ roll yang sebenar. Aku harap badan aku dapat memanjakan
aku balik dengan menjamin kesihatan aku dalam kehidupan sehari-hari. Terima
kasih The Changcuters sebab datang untuk merealisasikan impian aku. Keberanian menghadapi
risiko boleh dilihat dalam cerita kehidupan aku di 1 May 2012 ini. Tetapi risiko
yang aku ambil tidaklah terlalu tinggi seperti risiko-risiko yang diambil oleh para
pembuat maksiat yang sanggup membunuh bayi-bayi luar nikah mereka.
Pengalaman
ini tidak akan aku lupakan. Aku harap suatu hari nanti The Changcuters datang
lagi. Aku sangat gembira. Aku rasa aku dah cukup Rock n’ Roll. Masalah sekarang
aku takut nak menghadapi hari esok. Kalau boleh aku mahu ulang-ulang kembali
tanggal 1 May ini. Tapi aku bukan tuhan. Tuhan aku hanya Allah yang satu. Kembara
Rock n’ Roll aku tamat disini. Esok kerja.
Kerana tiada kamera, aku hanya dapat letakkan gambar-gambar The Changcuters yang ada dalam komputer riba aku sahaja. Maaf ye kawan-kawan.
Disertakan dengan satu video mereka di Cinta Restolounge,Kuala Lumpur, Malaysia.
Tempat
kerja. Aku menulis menggunakan pen yang dipinjam dari kakakku di atas buku tiga
lima yang disponsor oleh Mydin.
Hari ini bosan lagi. Tujuan aku
mencetuskan penulisan ini adalah disebabkan rasa bosan yang terlalu ekstrim.
Pen dan kertas seharusnya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
perasaan bosan yang timbul dalam diri aku. Bukan senang hendak melihat aku
menulis di atas kertas sekarang ini. Semenjak habis belajar, aku banyak
menghabiskan kerja-kerja menulis aku di atas borang sahaja. Itulah dia borang
kerja. Itu pun hanya beberapa sahaja yang diterima, namun penerimaan itu hanya
sementara kerana aku selalu tertewas dengan si penemuduga. Buat pengetahuan
semua, komputer riba yang menjadi pen dan kertas aku sekarang ini. Zaman sudah
moden, kolotlah kalau kita masih menggunakan manual. Ayat ini hanya sesuai
digunakan oleh orang yang kolot. Aku tidak kolot, tapi hanya menggunakan
kemudahan yang disediakan oleh kedua orang tua ku sahaja.
Aku memulakan kembali cara
manual dibawah pengaruh rasa bosan. Walaupon sudah mendapat kerja, aku tetap merasa
bosan. Kerja tiada, duduk terkangkang sahaja pun bosan juga. Hendak diluah
perasaan ini, tiada siapa yang mahu ambil peduli semuanya sibuk dengan
tugas-tugas yang diberi. Oleh itu, inisiatif yang lain aku cari untuk meluahkan
perasaan ini tanpa bunyi. Kurang sikit pencemaran bunyi, tiada individu yang
akanku ganggu disini. Semuanya senyap sunyi. Aku hanya meluangkan masa aku hari
ini, melayan perasaan bosan yang sentiasa mengejar aku walau kemana aku
berlari. Terima kasih kepada semua
kerana membiarkan aku bercumbu dengan perasaan yang hantu. Mengapa aku cepat bosan ? Mengapa aku sering
bosan ? Apa salah aku ? Adakah aku ada melakukan kesalahan di kehidupan yang
lepas ? Kadang-kadang aku kesian dengan diri aku sendiri. Menjadi orang
seperti aku tidaklah berapa seronok. Tetapi aku beruntung masih mempunyai keluarga yang sentiasa menyayangi dan
memberi sokongan pada aku dalam meneruskan kehidupan sehari-hari.
Merungut. Merungut adalah
sesuatu yang normal didalam kehidupan. Tanpa rungutan, manusia umpama tidak
mempunyai hak untuk sesuatu yang mereka rasakan baik untuk mereka. Aku selalu
merungut. Aku pasti korang semua pun begitu. Manusia dengan merungut sudah
dianggap sahabat karib. Melalui rungutan juga boleh mengikat tali persahabatan
antara insan. Aku sekarang ini pun tengah merungut, merungut melalui penulisan.
Aku yakin banyak cara-cara rungutan yang ada pada setiap individu didunia. Sejak
lahiriah lagi kita dah terbiasa dengan rungutan. Setiap peringkat umur tidak
boleh lari dengan kata kerja ini. Semuanya pasti terjebak. Anak-anak kecil,
remaja, dewasa, warga emas, semua kelompok umur ini sering ditakluk oleh
perkataan ini. Mungkin ada yang menganggap aku salah, mungkin ada yang kata tak
semua manusia di dunia ini yang menjadikan rungutan sebagai alternatif untuk menjaga
hak mereka. Jika mereka rasa begitu, terpulanglah. Tapi bagi aku, aku sering
merungut. Tetapi kita kena sedar, jikalau kita berterus-terusan merungut tanpa
ada sebarang usaha disebalik rungutan itu, memang selamanya kita akan tetap
merungut.
Rungutan merupakan benda yang
selalu keluar dari mulut aku jika aku rasa aku benar dalam sesuatu perkara
tetapi orang tidak mahu mempedulikannya. Aku juga merungut jika diberikan
tugas-tugas yang susah oleh guru-guruku. Banyak lagi tragedi yang terpalit
hingga membuatkan aku merungut. Jika hendak diceritakan, lebih baik aku menulis
sebuah novel atas nama ‘Rungutan Aku’.
Korang semua pasti turut sama merungut jika membaca rungutan aku yang
majoritinya berkait dengan rasa bosan. Rasa bosan lebih memerangkap aku didalam
diri sendiri berbanding dengan rasa bersalah. Sepatutnya aku lebih mengutamakan
rasa bersalah dan dosa kerana rasa-rasa inilah yang akan membawa aku kepada
rasa neraka. Tetapi di dunia, aku lebih menitikberatkan tentang bosan. Dari situ,
aku boleh kesan yang keimanan aku masih lagi kurang dan aku perlu lebih banyak
berdamping dengan Maha Pencipta. Aku yakin salah satu faktor yang membuatkan
aku sering bosan adalah kerana aku hidup tanpa keberkatan dariNya.
Aku memerlukan perubahan. Biar orang
pandang aku pelik melalui personaliti. Aku memang suka dipandang serabai, selamba,
gila, kerana persepsi aku lain. Pandangan aku terhadap seseorang pun memang
lain. Perubahan personaliti mungkin akan ku ubah jika berat badan aku turun
dengan sendirinya. Jika ia masih kekal, kekal jugalah aku dengan figura serabai
ini. Berharap tanpa usaha adalah masalah besar yang sering aku alami. Tapi buat
masa sekarang, aku rasa perubahan yang patut aku lakukan ialah perubahan
terhadap pegangan agama aku. Ianya masih lemah dan tidak stabil. Jika digoda,
aku pasti mudah tergoda. Syaitan dan iblis memang pandai memujuk rayu. Itulah kelebihan
mereka. Dan kelebihan aku pula ialah diberi peluang ke syurga Allah tetapi
harus berani menolak pujuk rayu syaitan dan iblis Laknatullah di dunia yang
sekarang ini memang dipegang oleh orang-orang yang kufur/kafir.
Kembalilah ke
jalan yang benar dengan motivasi yang datang dari rungutan hati-hati anda. Rungutan
jika dipandang dari segi positif akan membuatkan kita berusaha untuk
mendapatkan apa keputusan disebalik rungutan yang selalu kita simpulkan
sendiri. Jika ia terus kekal disudut negatif, manusia akan duduk diam dan hanya
mula merungut jika tidak berpuas hati.
Hari itu, aku memulakan perjalanan menaiki bas
dari Medan Gopeng, Ipoh pada pukul 11.30 tengah hari dan sampai ke Hentian
Pudu,Kuala Lumpur dalam pukul 3.00 petang. Tujuan aku ke Kuala Lumpur adalah
untuk memeriahkan suatu majlis Auto Show di Taman Permaisuri, Cheras. Bandmate aku yang lain semuanya telah
berada disana lebih awal dari aku, ini disebabkan kerana aku ada makan-makan
sikit dengan keluarga aku malam semalamnya. Maklumlah, untuk merayakan hari
lahirnya aku ke dunia yang penuh dengan pancaroba ini dan itulah waktunya
dimana ibu dan ayah mengenang kembali cara aku membesar. Mendengar cerita
mereka tentang kemanjaan aku ketika kecil, membuatkan aku tersipu-sipu malu.
Pergi makan-makan bersama adalah aktiviti wajib keluarga ku jika ingin meraikan
sesuatu. Tak kiralah, ayah gaji ke, perniagaan ibu laku ke, kakak gaji ke, aku
gaji ke dan yang paling kerap sekali adalah kejayaan adikku di dalam
pelajarannya. Setakat pergi makan saja sudah boleh menggembirakan kami
sekeluarga. Siapa perlu ke Disney Land untuk meluangkan masa bersama dan
bergembira jika kedai makan Mak Tam pon boleh melakukan benda yang sama.
Kesederhanaan adalah apa yang diterapkan oleh kedua ibu dan ayah ku ketika aku
kecil. Dengan kesederhanaan, aku belajar apa itu kesusahan.
Aku
kalau bercerita memang selalu tersimpang. Maafkan aku, aku juga manusia. Jika
bukan manusia yang melakukan kesilapan, siapa lagi yang mahu mengaku mereka
mempunyai kekurangan. Ok. Berbalik kepada cerita aku tadi. Acap dengan Nuh
sudah sedia ada di Kuala Lumpur kerana mereka memang sedang belajar disana.
Acap di Uitm Shah Alam manakala Nuh di German Malaysian Institute(GMI). Dari
ipoh hanya aku dengan Syafiq. Itu pon Syafiq pergi awal sehari daripada aku
disebabkan aku ada sesuatu yang perlu diraikan pada hari tersebut. Aku menyuruh
mereka untuk praktis dulu disana dan esok aku datang hanya terus menyanyi saja.
Aku yakin pada mereka, melalui cara dan skill mereka bermain alatan muzik
membuatkan aku tidak was-was dengan keupayaan mereka. Mereka pastinya mempunyai
pengalaman yang lebih daripada aku, yang hanya menceburi bidang muzik dengan
lebih serius pada tahun 2009.
Setibanya
aku di Hentian Puduraya, aku bergegas ke stesyen LRT Plaza Rakyat dan membeli
token untuk ke Bandar Tun Razak. Bandar Tun Razak, adalah tempat yang paling
kerap aku kunjungi jika aku ke kota metropolitan ini. Bermalam disana, melepak
disana dan bersosial disana. Ini kerana, disitu terletaknya rumah bekas kawan
sekolej aku yang juga boleh diklasifikasikan sebagai kawan baik aku. Sampai-sampai
saja di stesyen LRT Bandar Tun Razak, Amir sudah siap sedia menunggu aku dengan
motor legenda barunya. Amir memang banyak berubah selepas dia sudah bekerja. Aku
saja yang masih ditempat yang sama, memperjuangkan benda yang sama. Lantaklah,
hidup kalau tak melakukan benda yang kita suka lakukan, sudah tentulah rugi. Hidup
hanya sekali.
Aku dan Amir.
Kami makan-makan di gerai yang berhampiran
dengan stesyen LRT itu, yang aku tahu nama tempat itu Komersial. Anak mak cik
di gerai yang kami makan itu telah berjaya menambat hatiku. Namanya Fiza, Amir
yang bagitahu aku. Semenjak dari pertama kali aku turun ke sana lebih kurang
pada tahun 2009 sehinggalah sekarang. Aku masih tergila-gilakannya. Pandangan pertama
selalu membawa aku hanyut dengan kekecewaan. Melalui pengalaman itu, membuatkan
aku sedar yang melupakan seorang perempuan bukanlah mudah. Oleh itu, aku
mengambil langkah hanya memerhati dan simpan perasaan di dalam hati. Itu saja
yang mampu aku lakukan. Aaron Aziz pon akan melakukan benda yang sama jika
parasnya seperti aku. Perempuan memang hebat, boleh menarik hati lelaki dengan
kemanisan parasnya saja. Memang sesuai mereka dianggap sebagai hiasan dunia. Hari
itu saja, dua kali aku ke gerai Fiza. Satu bersama Amir. Satu lagi bersama Amir
juga dan bandmate aku.
Class Clown Hero
Di
Kuala Lumpur juga, persekitarannya tidak jauh berbeza dengan Ipoh. Benda yang
selalu sangat mencemburui arus kehidupan aku. Itulah dia menunggu dan kebosanan.
Aku trauma dengan perkataan ini. Siapalah yang mencipta perkataan ini. Perkataan-perkataan
ini membuatkan jiwa aku mahu memberontak, aku mahu pergi, mahu pulang, mahu
lari. Tapi aku pasti, perkataan ini takkan mati. Mungkin jika aku mati baru
perkataan ini berhenti mengekori aku dan membebaskan jiwa aku dengan bayangan dan
igauan buruk tentang perkataan-perkataan itu. Tapi aku tak mahu mati, bahu aku
masih berat disebelah kiri. Jika aku mati, pasti tiada rakan yang menangisi
pemergian seorang lelaki yang buruk hati naluri. Hari itu, lama kami menunggu. Hampir
beberapa jam, aku pon malas nak menghitung berapa lama aku berada di zon
menunggu dan kebosanan. Mulanya selepas Asar, kemudian dalam pukul 6.00 petang,
akhirnya kami perform hampir pukul 8.30 malam. “Aku tak salahkan hang Zam, aku
tahu hang pon tak sanggup tengok kami menunggu lama. Aku salahkan, penganjur
event tu. “
Ketika
kami menaiki pentas, naluri berhibur diganggu dengan pekikan bunyi-bunyi
kereta. Nama pon auto show kan, kami sabar, sehingga hampir 20 minit kami
bersabar. Ya, sudah auto show mahu habis, tiba pula tarian naga. Kami kembali
bersabar. Aku pon tak ingat berapa kali aku dengan bandmate aku bersabar malam
itu. Dua batang rokok juga aku hisap atas pentas itu sambil menunggu auto show
dan tarian naga habis. Selesai semuanya, kami pon bersedia dan lagu pertama
kami ialah Helena dari My Chemical Romance. Aku ingat tiada orang layan lagu
yang kami mainkan sebab band sebelum kami memainkan lagu mainstream tanah air
manakala kami pula lebih terpengaruh dengan muzik seberang laut. Bukan Indonesia
ya, mahupon Singapura. Sumpah, aku tak pernah layan Aliff Aziz. Indonesia
adalah sikit macam The Changcuters, The Sigit, dengan White shoes and the Couple Company. Rupa-rupanya
ada juga pak cik yang layan kepala walaupon sedang mendukung anaknya. Naik jugak
semangat aku, walaupon vokal lagu Helena memang macam haram.
Lagu
kedua kami, Under cover of darkness dari The Strokes. Masa battle dekat Seri
Iskandar akhir bulan Mac dulu pon kami main lagu ini juga. Memang layan. Video lagu
ini ayah aku ambik dan simpan dalam telefon bimbit dia. Aku rasa hobi dan minat
aku disokong oleh ayah. Terima kasih ayah, ayahlah idola dan pencetus aku kearah
ini. Lagu terakhir kami merupakan lagu kami sendiri iaitu Nawaitu dari kami
Class Clown Hero. Apa-apa pon malam itu kami berpuas hati, walaupon ada sikit
masalah teknikal. Tapi kami tutup sebelah mata saja. Asalkan dapat menghibur
dan berhibur. Termasuk ini, aku sudah 3 kali perform di Kuala Lumpur. 2 kali
bersama Bella Vista dan sekali bersama Class Clown Hero. Seterusnya tak tahu
lagi bila. Acap dan Nuh, sibuk belajar di Shah Alam dan Bangi. Di Ipoh hanya
tinggal aku dengan Syafiq saja. Mungkin dalam bulan Ogos, kami akan bangun
mengisi segala lubang-lubang yang belum diisi. Tempoh yang panjang diambil bagi
memberi masa kepada dua orang gitaris aku yang berada jauh di negeri orang.
Pengalaman
demi pengalaman berjaya kami kumpulkan. Harap-harap pengalaman ini menjadi
penanda aras bagi kami untuk terus maju dalam bidang ini. Hendak menjadi bagus,
mestilah cuba berkali-kali. Kalau hanya sekali, siapa yang akan peduli. Pengalaman
merupakan pengajaran yang paling berharga. Manusia lebih mudah ingat melalui
praktikal berbeza dengan teori.
Selepas
habis perform, aku dan bandmate berpisah di Bandar Tun Razak. Aku bermalam di
rumah Amir manakala bandmate aku yang lain bermalam di rumah sewa Acap. Keesokan
harinya aku pulang. Selamat tinggal Kuala Lumpur, satu hari aku pasti datang lagi.
Kalau bukan kerana kerja, mungkin aku datang kerana cinta. Aku bertemu Kuala
Lumpur pada tahun 2009 dahulu disebabkan cinta. Cinta memang merbahaya, kalau
anda seorang yang mampu menanggung risiko. Bercintalah sedaya yang anda mampu.