Penceritaan hidup aku umpama sudah mati kerana sibuk dengan galasan kerja. Padahal kerja aku tiada
seteruk ahli-ahli iluminati membuat ritual untuk ke neraka pasti. Ambil pesanan,
cari pesanan, kumpul pesanan, buat invois dan hantar. Kerja memang seronok,
tapi kalau waktu-waktu seronok itu digantikan dengan apa yang aku minat.
Mungkin ia lebih menyeronokkan. Semenjak aku menyertai Mydin dan sekutunya, aku
umpama manusia yang kelaparan harta. Ditambah pula dengan tanggungjawab ke atas
sebuah kereta keluaran Proton. Lagi 4 tahun kena sambung bayar. Terima kasih
ayah, memberikan adik tanggungjawab demi mematangkan anak lelaki tunggalmu ini.
Aku seronok diberi tanggungjawab, sebab dengan tanggungjawab aku boleh menilai
dimana tahap kematangan aku terhadap sesuatu. Aku mula konkritkan diri kepada
satu kerja saja sekarang. Jika ada peluang lain, aku mungkin pergi meninggalkan
Mydin dengan tongkang nepalnya. Mydin merupakan sebuah syarikat yang mempunyai
strategi mempertahankan warga-warga asing. Ya, aku belajar bisnes dan aku tahu
konspirasi Mydin ini. Sampah !
Makin lama
aku bekerja, makin bosan aku dengan persekitaran yang sama. Pengurusan jabatan
yang kurang memuaskan bagi aku. Semuanya tunjuk bagus. Tambahan orang-orang
atasan yang aku tak tahu cara nak hormat. Kalaulah
duit boleh jatuh dari langit selepas aku selesai mengarang ini. Sumpah, aku
akan teruskan kerjaya menulis ini. Lebih seronok, santai dan aku juga
berpeluang mengekspresikan diri aku yang sebenar. Memang lama aku tinggalkan
dunia karangan ini. Mungkin disebabkan kerja, aku penat dan tertekan sehingga
ayat-ayat manis gagal aku keluarkan bila mahu bercumbu dengan komputer riba
aku. Malas aku nak meraba-raba papan kekuncinya. Seolah-olah sudah mati pucuk
aku dibelaiannya. Tiada nafsu, tiada ghairah untuk otak aku menyusun kata-kata
biru. Sekali-sekala kata-kata itu datang juga dan aku hanya mewartakannya di
muka buku.
Aku minat
berbahasa, dan jika berpeluang aku mahu jejakkan kaki ke dunia intelektual
sebagai siswa sastera. Tetapi selalunya apa yang dirancang selalunya akan
pincang. Aku belajar melalui pengalaman, Aaron Aziz pon tak tahu dia akan jadi
artis dan terkenal macam sekarang. Cuma satu kata yang boleh melengkapkan cara;
Berusaha. Kata kunci ini sentiasa ada pada mereka-mereka yang sudah letih bercakap tanpa anjakan paradigma.
Aku bukan dari kalangan mereka. Aku tahu, mulut juga merupakan anggota tetapi
aku yakin ianya kurang membantu dalam aspek berusaha kecuali kepada abang-abang
dan kakak-kakak promoter yang mahu melariskan jualannya. Cakap lawa. =)
Untung aku
menggunakan samaran lain di tempat kerja. Dari
Amirul aku ke Khalid. Sebab aku tahu, syarikat yang akan aku bernaung
bukanlah benar-benar yang aku suka. Bukan kerja-kerja sebegini yang aku harapkan.
Aku ada agenda lain, yang memang lari dari dunia aku yang sekarang ini. Semua
manusia ada agenda tersendiri. Biarlah
aku simpan agenda aku sehingga bunyinya bertukar menjadi lagenda. Lagenda
yang akan aku ceritakan kepada anak-anak aku tentang haluan kiri yang aku ikut
semasa dibangku sekolah lagi. Tanpa
cita-cita, tanpa minat dan tanpa tanggungjawab. Rugi aku belajar
berbasikal, rugi ibu-bapa aku menghabiskan duit-duit yuran jika tahu anaknya ke
sekolah tanpa sebarang tujuan. Rugi aku belajar merangkak, rugi aku belajar
berjalan, kalau aku tahu daripada akar, sudah tentu aku takkan menjadi pokok.
Sekarang aku memang betul-betul pokok. Membesar
mengikut haluan dunia, bukannya haluan sendiri. Apabila dipotong, pasti aku
rebah tanpa sebarang bunyi. Semakin hari,
semakin banyak dosa. Hipotesis yang tak mungkin lari dari kehidupan aku
sehari-hari.
Manalah
jalan lurus, kenapa aku masih mengikut denai sedangkan orang lain sudah
menggunakan jalan tar. Tak sambung belajar, tak minat. Habis apa fungsi
ditiupkan roh ke jasad aku ? Syurga. Ya, mungkin itu matlamat
terakhir ku. =)
Apa-apa pun aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.
Terima kasih Allah. =D
Ketawa biar sampai tak nampak mata, pastikan bila buka yang lain juga turut sama tertawa. =)
=) nice blog, nice writter
ReplyDeleteTerima kasih cik adik yg rajin membaca. :)
Deleteehem3...
ReplyDelete