Tuesday, 10 December 2013

Kecewa !




Mengarang. Dimana aku akan memulakan tari di jari-jemari untuk menggantikan mulut yang sering saja melaung, menghembus, meluah tanpa sebarang capaian hanya bunyi bising dan annoying. Dihembus, dilaung, diluah kosong. Jika aku mengarang mungkin ada perkara yang akan aku teliti dan baca disaat keceramukan perasaan itu datang menganggu segala yang didalam atau diluar kotak pemikiran aku. Boleh juga aku ter-motivasi sebentar seraya terus melupakan perasaan yang hadir itu. Dalam kerangka masa yang agak panjang aku tidak menulis/mengarang/menge-taip. Aku tinggalkan jauh, aku buang, aku tanam dalam-dalam. Tapi hakikatnya ianya sudah tertanam, tertambat, terlekat jauh disudut hati aku. Hati yang aku acahkan keras sedangkan ia mudah terguris kalau ia melibatkan perasaan, perikemanusiaan dan kekeluargaan. Oh, brotherhood lagi satu.


      Aku sedang kecewa. Ya, sekarang aku di zon kecewa. Tiada siapa yang mampu aku ludahkan, tiada siapa yang mampu aku cederakan, tiada siapa yang mampu aku maki-kan. Kerana sekarang, aku yang mengecewakan diri aku. Aku umpama bertutur didepan biasan dan pantulan yang menampakkan aku. Dan aku bisikkan kata ke-bawah pada diri sendiri. Kata ke-bawah; ia yang sedang aku duduk diatas kata-kata itu sekarang. Kecewa itu datang bila aku memikirkan peluang. Peluang yang aku dapat dan aku buang. Peluang yang aku mahu dapatkan dan dibuang. Ada benar kata pepatah, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Mirip benar dengan aku. Sangat serupa, sangat padan. Jika aku ada kembar sekalipun, ia takkan semirip aku dengan pepatah itu. Sedih bukan ?


Ohh jiwa, kenapa kau begitu angkuh ? Sehingga kau menolak segala tindakan akal dan otak. Terlalu kau mempertahankan keegoan kau dan aku yang terluka, kecewa, merana. Sekarang.  -Tak boleh aku berfikir. Sebab kelemahan itu dari aku sendiri. Kawan-kawan pun hanya mampu menasihati dan yang paling kuat pun akan aku pegang bila mereka didepan muka. Dan jika hilang pandangan mereka, aku lalai dan terpesona dengan kemalasan yang memang sudah tertanam dalam diri aku sepertimana keghairahan menulis yang awal-awal lagi aku sudah beritahu ada dalam diri aku di prakata tadi. Rungsing jangan cerita, aku kira gagah lagi dapat bertahan didalam rumah sendiri walhal memang aku tak tahan dengan kata-kata kondem yang ibu aku bebelkan tiap-tiap hari. Ya, aku masih gagah. :) 

Ibu I love you ! Memang aku patut dikondem oleh figura yang melahirkan aku. Sudah pasti dia tidak mahu masa yang dibuangkan mengendong aku 9 bulan hanya sia-sia. Ini akal aku. Tapi itu takkan terlintas dalam hati seorang ibu. Aku tahu sanubari ibu. Aku tahu. Aku cuma berfikir sedikit terlampau untuk buat aku sedar. Sedar yang aku ada ibu yang perlu diberikan rasa bangga. Penghormatan atas jasa mereka dengan menjadi anak yang ada gunanya. Tapi jika ibu terbaca ini, spontan dia pasti bicara “cakap je lebih”. Lihat, aku memang kenal orang yang pertama aku kenal. Sebelum aku kenal kau, kau dan engkau.


      Kalau nak diceritakan masalah, memang takkan habis. Ramai lagi orang yang ada masalah. Yang mungkin dari sebiji guli ke sebesar gajah. Jika kita tak mampu, diatas sana takkan menguji kita. Kerana kita mampu, Dia menguji. Dan jika kita tidak mampu sekalipun, ujian itu datang untuk memberikan kita anjakan yang sebenar. Yang mengubah segala duka luka yang lama. Hikmah itu pasti ada. Aku sekarang hanya berusaha dan mustahil untuk aku melepaskan peluang yang akan datang. Mustahil. Mungkin lepas ni aku akan ceritakan pasal mustahil pula. Kerana aku memang susah berubah. :)


Hati kecewa aku sedikit terjaga kerana aku telah dapat melakukan apa yang aku mahu lakukan lama dahulu. Apa yang di-inspirasikan oleh ayah kepada aku. Aku dan band aku “The Curl” telah berjaya merekod single pertama kami yang bertajuk Perwira. Alhamdulillah. Tekan link ini The Curl-Perwira untuk dengar lagu band aku. Cuba dengar dan diharap gegendang telinga korang selesa dengan bunyian yang kami hasilkan ini. :)







No comments:

Post a Comment