Mengarang. Dimana
aku akan memulakan tari di jari-jemari untuk menggantikan mulut yang sering
saja melaung, menghembus, meluah tanpa sebarang capaian hanya bunyi bising dan
annoying. Dihembus, dilaung, diluah kosong. Jika aku mengarang mungkin ada
perkara yang akan aku teliti dan baca disaat keceramukan perasaan itu datang
menganggu segala yang didalam atau diluar kotak pemikiran aku. Boleh juga aku
ter-motivasi sebentar seraya terus melupakan perasaan yang hadir itu. Dalam kerangka
masa yang agak panjang aku tidak menulis/mengarang/menge-taip. Aku tinggalkan
jauh, aku buang, aku tanam dalam-dalam. Tapi hakikatnya ianya sudah tertanam,
tertambat, terlekat jauh disudut hati aku. Hati yang aku acahkan keras
sedangkan ia mudah terguris kalau ia melibatkan perasaan, perikemanusiaan dan
kekeluargaan. Oh, brotherhood lagi satu.
Aku sedang
kecewa. Ya, sekarang aku di zon kecewa. Tiada siapa yang mampu aku ludahkan,
tiada siapa yang mampu aku cederakan, tiada siapa yang mampu aku maki-kan. Kerana
sekarang, aku yang mengecewakan diri aku. Aku umpama bertutur didepan biasan
dan pantulan yang menampakkan aku. Dan aku bisikkan kata ke-bawah pada diri
sendiri. Kata ke-bawah; ia yang sedang aku duduk diatas kata-kata itu sekarang.
Kecewa itu datang bila aku memikirkan peluang. Peluang yang aku dapat dan aku
buang. Peluang yang aku mahu dapatkan dan dibuang. Ada benar kata pepatah, yang
dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Mirip benar dengan aku. Sangat serupa,
sangat padan. Jika aku ada kembar sekalipun, ia takkan semirip aku dengan
pepatah itu. Sedih bukan ?
Ohh jiwa, kenapa
kau begitu angkuh ? Sehingga kau menolak segala tindakan akal dan otak. Terlalu
kau mempertahankan keegoan kau dan aku yang terluka, kecewa, merana. Sekarang. -Tak boleh aku berfikir. Sebab kelemahan itu
dari aku sendiri. Kawan-kawan pun hanya mampu menasihati dan yang paling kuat pun
akan aku pegang bila mereka didepan muka. Dan jika hilang pandangan mereka, aku
lalai dan terpesona dengan kemalasan yang memang sudah tertanam dalam diri aku
sepertimana keghairahan menulis yang awal-awal lagi aku sudah beritahu ada
dalam diri aku di prakata tadi. Rungsing jangan cerita, aku kira gagah lagi
dapat bertahan didalam rumah sendiri walhal memang aku tak tahan dengan
kata-kata kondem yang ibu aku bebelkan tiap-tiap hari. Ya, aku masih gagah. :)
Ibu I love you ! Memang
aku patut dikondem oleh figura yang melahirkan aku. Sudah pasti dia tidak mahu
masa yang dibuangkan mengendong aku 9 bulan hanya sia-sia. Ini akal aku. Tapi itu
takkan terlintas dalam hati seorang ibu. Aku tahu sanubari ibu. Aku tahu. Aku cuma berfikir
sedikit terlampau untuk buat aku sedar. Sedar yang aku ada ibu yang perlu
diberikan rasa bangga. Penghormatan atas jasa mereka dengan menjadi anak yang ada
gunanya. Tapi jika ibu terbaca ini, spontan dia pasti bicara “cakap je lebih”.
Lihat, aku memang kenal orang yang pertama aku kenal. Sebelum aku kenal kau,
kau dan engkau.
Kalau nak
diceritakan masalah, memang takkan habis. Ramai lagi orang yang ada masalah. Yang
mungkin dari sebiji guli ke sebesar gajah. Jika kita tak mampu, diatas sana
takkan menguji kita. Kerana kita mampu, Dia menguji. Dan jika kita tidak mampu
sekalipun, ujian itu datang untuk memberikan kita anjakan yang sebenar. Yang mengubah
segala duka luka yang lama. Hikmah itu pasti ada. Aku sekarang hanya berusaha
dan mustahil untuk aku melepaskan peluang yang akan datang. Mustahil. Mungkin lepas
ni aku akan ceritakan pasal mustahil pula. Kerana aku memang susah berubah. :)
Hati kecewa aku
sedikit terjaga kerana aku telah dapat melakukan apa yang aku mahu lakukan lama
dahulu. Apa yang di-inspirasikan oleh ayah kepada aku. Aku dan band aku “The Curl”
telah berjaya merekod single pertama kami yang bertajuk Perwira. Alhamdulillah. Tekan link ini The Curl-Perwira untuk dengar lagu band aku. Cuba dengar dan diharap gegendang telinga korang selesa dengan bunyian yang kami hasilkan ini. :)