Thursday, 20 March 2014

Nak jadi apa ?



Bersulamkan petang yang mendung dan renyai, aku duduk di penjuru tilam ditemani speaker lama, komputer riba dan jamu-jamuan asap john. Bilik aku dipenuhi dengan irama-irama kugiran yang legend bagi aku “Couple”. Dengan irama bunyi pop aku pujukkan diri untuk memikir tentang masa depan aku yang sekarangnya memang samar jalan depan. Aku cuba menipu otak berhabuk aku tentang bunyi-bunyi lagu yang mengacau gegendang telinga aku kononnya aku masih lagi seorang pelajar yang sedang mengatur masa depan. Sedangkan aku sedang menipu diri aku hidup-hidup.

Memikirkan tentang apa yang aku mahu jadi memang sangat meloyakan. Menjadi seorang pelajar pun bukanlah jalan yang terbaik untuk aku fikir sekarang. 

Jadi, apa mahu jadi ?