Banyak manusia
banyak ragam, kerenah, perangai. Mencari peluang di dalam dunia memang tiada
titik noktahnya, sehingga menarik manusia untuk mudah melupakan janji manis mereka
di tunjang rahim kepada sang pencipta yang maha esa. Aku juga merupakan salah
seorang manusia yang didalam kelompokan mereka. Acapkali aku melupakan janji-janjiku
untuk taat setia kepada maha pencipta. Pengaruh membuatkan aku menghalalkan
yang haram, persahabatan membuat aku kaburkan jalan ke syurga dan seperti lensa
kamera aku melihat neraka. Tapi, menyalahkan adalah perkara yang paling
bersalah terhadap orang yang tak bersalah. Aku takkan menyalahkan sesiapa,
kerana aku tahu iman aku ditahap keberapa. Kawan-kawan tidak pernah menjadi punca kerana mereka adalah sebahagian dari aku. Cuba sedar dan terbangun dari tidur
sudah lama aku impikan. Tetapi hampa kerana, dalam diri aku sifat mencuba
ke arah kebaikan memang durja. Tetapi kalau kehitaman, tak payah dijemput
aku sudah tiba untuknya. Aku umpama tidak takut pada kekuasaan yang esa. Sedangkan
dalam hati hitam ku terguris satu sisi suci yang tertulis nama-Nya dan
keagungan sifat-Nya. Leka, alpa, terpesona adalah rumusan masalah aku kepada
dunia. Sering menyalahkan kemudahan yang ada umpama manusia bodoh aku boleh diklasifikasikan.
Aku tak
bersyukur, tak berterima kasih kepada-Nya kerana aku telah ditakdirkan melihat
dunia yang penuh sandiwara. Banyak lakonan-lakonan hebat, agenda-agenda laknat
yang membuatkan mulut aku terlupa untuk mengucapkan kata-kata nikmat padanya.
Melalui pandangan dunia, aku sepatutnya mudah untuk memisahkan kekotoran daripada
kesucian. Penyesalan memang selalu muncul dalam jiwa kosong aku, kehadiran
mereka disambut ria oleh perasaan ku tetapi tidak lama. Aku tak faham, bingung
dengan situasi diri sendiri. Dari dulu aku terperangkap dalam konflik ciptaan
aku sendiri. Organ-organ dalaman, anggota-anggota badan aku seperti tidak sehaluan, semuanya mahu
memberontak dengan kaedah masing-masing. Telah banyak warna hitam yang aku
kumpulkan. Kalau hendak ditutup dengan warna putih, gandaan iman, akidah, senyuman,
bantuan, sopan-santun semua aku kena usahakan. Manusia sekarang memang pandai
menilai, ceritera hidup, manusia, sisi gelap semua mampu mereka usai tanpa
sebarang talian sokongan. Ya, manusia moden memang tidak pernah membezakan
kulit dan isi. Bagi mereka, kulit yang tercemar akan didiami oleh isi yang buruk,
busuk, kotor. Tapi mereka kolot, sebab bukan kerana kulit yang memberi mereka rasa tetapi isi. Macam aku, setiap langkah aku pasti dihantui oleh perasaan
sendiri. Perasaan yang tidak pernah mati dengan penyesalan diri. Tapi aku memang
susah hendak belajar memanfaatkan diri. Kegiatan jahat yang aku lakukan umpama
klimaks kematangan hidup aku. Kenapalah manusia sekarang ini bangga dengan
perkara jahat. Aku pun tak pasti semua ini berlaku atas dasar apa. Makin jahat
benda yang aku lakukan, makin bangga aku uar-uarkan pada rakan-rakan. Komplot
apakah ini ? kenapa mulut aku tidak tahu menjaga maruah rakan seanggotanya. Ini
mungkin kerana otak aku hanya mendefinasikan kehidupan hanya di bumi dan
memadam ingatan suci aku pada akhirat pasti.
Jauh. Aku telah jauh lari, jauh dari akar
aku yang sebenar. Seorang islam, seorang melayu tetapi itu hanya pada dasar
pegangan dan keturunan tapi bukan pada tingkah laku. Serius aku sedang
mengalami evolusi diri, konflik hidup, konflik cinta, sosialisme. Rungsing
adalah peneman hidup aku sekarang. Ianya bukan bosan yang pernah aku bencikan
dulu. Aku rindukan zaman bosan aku. Lihat ! manusia tidak pernah
bersyukur. =( Dan aku, memang susah berubah.
Pangkal tingkah laku, hasilan bunyi semuanya dari hati. Jika difahamkan, kita tidak pernah tahu rupa bentuk hati yang bersih ataupon kotor daripada sisi pandangan normal mata. Tapi hati hanya boleh diadili dari pandangan mata hati. Kerana, situlah pangkal setiap perlakuan kita selain otak. =)